LINE PREPIAD YANG MEMBAYAR

DAFTAR SEKARANG untuk jd agen TONE EXCEL, Komisen top up 10%-13% selagi mereka menggunakan line TuneTalk (pasif income).

TAHUKAH ANDA??

Dengan handphone boleh menjana wang yang banyak setiap bulan.

BACA BLOG PUN BOLEH KAYA

Bisnes paling senang dan mudah.

Blog Popular No2 DiGoogle

Berusaha selagi belum dapat.

YANG NI PUN BEST JUGA

Selagi ada usaha ianya pasti.

Rabu, 4 Mei 2016

Syria kembali berdarah, ratusan terkorban

Syria kembali berdarah, ratusan terkorban
Serangan di Aleppo baru-baru ini.
 
SYRIA - Sejak Mac 2011, pergolakkan antara rakyat dan regim Bashar al-Assad di bumi Syria tidak pernah reda. Hingga kini dilaporkan ratusan ribu telah terkorban dan jutaan tercedera yang melibatkan semua peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak.

Sementara itu, dilaporkan lebih setengah daripada 12 juta rakyatnya telah menjadi pelarian dalam Syria mahupun di negara- negara jiran seperti Turki, Jordan, Lubnan malah hingga ke benua Eropah.

PERANG YANG MAKIN KOMPLEKS

Kini, konflik yang menjangkau enam tahun itu, menjadi makin parah dan kompleks, penglibatan campur tangan kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan Iran yang berpihak kepada Bashar menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit.

Lebih parah lagi, apabila kumpulan pejuang seperti kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) atau juga dikenali Negara Islam Iraq dan Syria (IS), Jabhan Nusrah, PYD (Kurdi), menjadi duri dalam daging sehingga melambatkan kemenangan perjuangan rakyat Syria.

Dalam pada itu, sejak November 2015, ratusan serangan udara dan darat daripada pihak regim tentera Syria dengan bantuan kuasa-kuasa besar telah mensasarkan bandar Aleppo, Idlib dan pinggiran kota Damaskus.

Sasaran serangan yang kononnya dikatakan untuk melumpuhkan dan menghapuskan pejuang penentang dan  IS, sebenarnya ia hanya ditujukan kepada tempat-tempat orang awam yang tidak berdosa.

Dilaporkan tidak kurang daripada 1,500 orang awam terkorban sejak beberapa bulan yang lalu. Dan sejak 23 April lalu, serangan meningkat dan berterusan serta mensasarkan bandar Aleppo, bandar yang terbesar yang masih didiami hampir 250,000 rakyat Syria.

RAKYAT MENJADI MANGSA

Memetik sumber-sumber berita rasmi antarabangsa seperti Observer dan Al-Jazeera serangan udara sejak seminggu lalu oleh tentera regim dan Rusia mensasarkan masjid, sekolah, tempat-tempat pertahanan awam, pejabat-pejabat NGO, perkhidmatan ambulans dan malah beberapa hospital awam.
Menurut Presiden Perbandaran Aleppo, Brita Hasan, dilaporkan setiap hari berlaku serangan kejam yang mengakibatkan ratusan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Serangan minggu lalu telah mengakibatkan  tidak kurang 347 orang terkorban termasuk 76 darinya kanak-kanak dan 38 wanita," katanya petik laporan Al-Jazeera.

Jelasnya lagi, pihak tentera regim juga melakukan serangan dengan bom barel, serangan udara dan misil di banyak kawasan termasuklah di Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo, jalan menuju Aleppo.

"Selama beberapa minggu yang lalu pihak regim dibantu oleh Rusia melakukan 907 serangan roket, 207 bom barrel, 36 cluster bom, 6 bom phosphorous dan 63 peluru berpandu jarak dekat.
"Serangan-serangan  tersebut mensasarkan 517 kawasan kediaman, 25 pasar rakyat, 6 pusat perubatan dan 39 kawasan orang awam," ujarnya.

Sementara itu,serangan bom udara keatas beberapa pusat rawatan termasuk Hospital al- Quds di Aleppo pada 29 April lalu, telah mengorbankan Dr Muhammad Maaz, satu-satunya pakar kanak-kanak yang masih ada dan juga membunuh lebih 30 orang staf serta pesakit di Hospital yang dikendalikan oleh NGO Antarabangsa Doctors Without Border (MSF).

Oleh itu,sebagai umat Islam dimana jua berada, fakta kerakusan regim Bashar dan sekutu-sekutunya yang telah meratah kehormatan saudara-saudara  kita di Aleppo dengan pengeboman kejam wajib di kecam oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Untuk itu, melalui Biro Misi Kemanusiaan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Malaysia yang prihatin dalam isu kekejaman di Syria sejak 2012 dengan penyaluran pelbagai bantuan di kem-kem pelarian di Turki, Jordan mahupun didalam Syria sekali lagi merayu dan mengajak masyarakat Malaysia terus prihatin dan menyertai bantuan kecemasan ini.

Sumbangan berbentuk kewangan dan penyebaran maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan  yang lain amat dihargai dan diperlukan.Perkembangan terkini di Aleppo dan Syria boleh diikuti melalui Facebook 'Misi Kemanusiaan Haluan'.

"Pihak kami mengalu-alukan mana-mana badan kerajaan, swasta, surau, masjid dan  institusi pendidikan untuk menjemput pihak kami bagi berkongsi pengalaman dan memberi penerangan tentang isu kemanusiaan Syria," jelas Ketua Biro Kemanusiaan Haluan, Dr Baharuddin Suri.

Kredit : Sinar Harian Online

Selasa, 3 Mei 2016

Lebih 1,000 ditipu skim cepat kaya di Pulau Pinang


Lebih 1,000 pelabur di negeri ini mendakwa mereka menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya selepas membuat pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas membabitkan kerugian kira-kira RM15 juta.

Susulan itu seorang daripada mangsa, R. Kumaraguru Naidu, 54, bersama-sama 33 lagi individu, terdiri daripada bekas guru, peniaga dan guru tuisyen hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dekat George Town.

Kumaraguru Naidu berkata beliau mengesan wujud penyelewengan yang dilakukan oleh ejen syarikat di negeri itu, selepas mereka gagal membuat bayaran pulangan pelaburan bermula Februari lalu.
"Bayaran bulanan dikutip wakil syarikat sama ada secara tunai atau 'bank in' dan ia mengikut pakej yang diambil bermula dari RM350 hingga RM35,000.

Sekiranya melabur RM350 maka bayaran pulangan RM100 dan jika melabur RM35,000 pulangan yang diterima setiap bulan adalah RM10,000.

"Pada mulanya pulangan pelaburan berjalan lancar namun sejak Februari lepas syarikat gagal buat bayaran seperti yang dijanjikan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Malah Kumaraguru Naidu berkata ada yang hanya merasai pulangan pelaburan itu dua kali dan bagi pelabur yang baru menyertai skim itu awal tahun ini, langsung tidak mendapat bayaran pulangan.
Beliau tampil membuat laporan polis bagi meminta pihak polis menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan wang melibatkan ejen-ejen yang dilantik oleh syarikat itu.

"Duit ini akan dikutip wakil syarikat dan serahkan wang ini kepada pengurus di cawangan Pulau Pinang dan pengurus ini akan serahkan wang kepada syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Kami menyeru pihak polis menjalankan siasatan yang telus...serta menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab meneruskan skim pelaburan seperti ini," katanya.

-Bernama

Sabtu, 30 April 2016

Norafiza ejen hartanah berjaya

Norafiza ejen hartanah berjaya

PERUNDING Hartanah SMY Valuers & Consultants Sdn Bhd, Norafiza Arifen, 32, tidak menyangka menerima pengiktirafan besar sebagai Ejen Hartanah Terbaik Dalam Talian (online) 2015 oleh MIEA- PropertyGuru tahun lalu.

Kerjaya Norafiza yang pada mulanya hanya sekadar mencuba satu pengalaman baharu itu, tidak langsung menjangka dia mampu berada di tahap hari ini.

Baginya anugerah itu adalah pengiktirafan terbesar walaupun baru berkecimpung dalam bidang hartanah selama hampir tiga tahun.

“Penilaian dibuat berdasarkan kepada amalan pengiklanan dalam talian dan bukannya kepada jualan semata-mata.

“Saya tidak sangka kerana terdapat persaingan yang kuat di dalam bidang ini memandangkan saya masih baru," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Menerusi anugerah itu, Norafiza telah mula dikenali ramai, sekali gus menambah kepercayaan orang ramai untuk berurusan dengannya.

Bercerita tentang permulaan kerjayanya, Norafiza berkata, tanpa sebarang pengetahuan berhubung hartanah, dia nekad melepaskan kerjayanya sebagai seorang jurutera elektrik di beberapa syarikat jurutera selama lima tahun.

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini mempunyai angan-angan untuk menjadi pelabur dan memiliki banyak rumah.

Atas impian itu jugalah, Norafiza mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Di situlah perjalanan dunia hartanah anak kelahiran Manjung Perak ini bermula.

Pada Jun 2013, Norafiza menjadi ejen hartanah sepenuh masa di Chester Properties Sdn Bhd. Pada asalnya dia hanya sebagai ejen di tapak-tapak pameran. Bagaimanapun, selepas menyedari cara itu kurang efisien, Norafiza membuat keputusan untuk menjadi perunding hartanah secara online.

“Cuma cabaran dalam melakukan kerja secara online ini adalah kita perlu bijak dan jujur bagi memastikan pembeli berasa selesa dan senang berurusan walaupun tidak bersua muka,” katanya.
Sehingga hari ini, siapa sangka dia mampu berjaya di dalam bidang hartanah secara online walaupun berbeza dengan pengalaman yang diperolehnya sebelum ini.

Norafiza berkata, dia mampu menguasai pengetahuan asas hartanah hanya dalam tempoh tiga bulan.
Namun, mengakui dia masih terlalu muda dalam bidang ini dan masih perlu mengasah bakat dan pengetahuan dengan lebih mendalam.

“Buat masa ini, saya hanya memberi tumpuan kepada rumah dan kondominium.

“Masih banyak yang saya tidak buat lagi. Saya harap dapat terus melebarkan sayap dengan menjadi perunding hartanah bagi kawasan komersial, bangunan pejabat dan kilang,” katanya.

Kredit : Sinar Harian Online