TATARSTAN - RUSIA. Seorang wanita di Rusia bertindak mengerat zakar bekas suaminya dengan pisau dapur selepas mangsa muncul di kediamannya dan meminta melakukan hubungan seks.
Lira Plaksina, 47, dari perkampungan Vasilyevo di wilayah Tatarstan berkata, dia melakukan tindakan untuk mempertahankan diri itu selepas bekas suaminya datang dalam keadaan mabuk.
Plaksina memberitahu mahkamah, lelaki berusia 44 tahun itu menyerangnya dan meminta melakukan hubungan intim.
Hakim bagaimanapun menyatakan wanita terbabit telah memotong zakar dan skrotum mangsa ketika dia sedang tidur di atas sofa di kediamannya.
Bekas suami Plaksina turut mengalami kecederaan pada pinggul kanan ketika kejadian pada Oktober tahun lalu.
Susulan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Wanita terbabit yang diiringi polis keluar dari mahkamah bertindak melambai dan memberikan 'flying kiss' kepada petugas media.
"Segalanya biasa. Saya dihukum penjara empat tahun," katanya tanpa menunjukkan sebarang rasa kesal.
Difahamkan, bekas suaminya kini tinggal bersama wanita lain.
Menurut jiran mereka, pasangan terbabit sering bertengkar hingga membawa kepada perceraian. 

Daily Mail/SinarHarianOnline