Langkau ke kandungan utama


Hafiz jadi jutawan jual kad sim

KUALA LUMPUR 6 Mac – Peniaga kedai makan, Abdul Hafiz Azam, 38, tidak menyangka menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila memenangi hadi­ah utama bernilai RM1 juta selepas menjadi ejen Tone Group paling aktif.
ABDUL HAFIZ AZAM
ABDUL HAFIZ AZAM
Dia yang sudah menyertai To­ne Excel International Sdn. Bhd. (Tone Excel) iaitu anak syarikat Tone Group sejak 2010 me­nganggap tanda pagar #jutawanmukmin di laman sosial Facebook berjaya mendapat hampir 200 ahli di bawah kendaliannya.
“Pada mulanya saya terfikir kenapa saya ti­dak menggunakan te­le­fon pintar dengan se­baik-baiknya sedangkan kita boleh mendapat lebih manfaat. Saya mulakan #jutawanmukmin di Facebook untuk memperkenalkan kad sim Tone Excel tanpa perlu bersemuka dan berjumpa dengan pelanggan.
“Pendekatan yang saya gunakan sangat mudah dan alhamdulillah, saya dapat membantu rakan lain yang mahu mencari pendapatan sampingan,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Hafiz yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang kulinari memberitahu, dia sentiasa positif untuk mencari rezeki sam­pingan bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Saya berniaga menjual makanan setiap petang hingga lewat malam untuk mencari rezeki. Selain menyertai Tone Excel dan menjadi ejen, saya juga berniaga barang makanan secara dalam talian antaranya Pelam Lemak Manis, Popia Pukau dan Rendang Maman.
“Peluang rezeki ini saya mahu kongsi bersama dengan isteri, Siti Hajar Mohd. Isa dan dua orang anak yang masih berada di bangku sekolah. Jadi, saya perlu mela­kukan banyak kerja selagi kudrat saya kuat,” katanya yang mempunyai sebuah kedai makan di Gemencheh, Negeri Sem­bilan.
Bercerita tentang kejayaannya sebagai ejen, Abdul Hafiz memberita­hu, dia menggunakan mo­­dal permulaan sebanyak RM96 dan boleh menjana pendapatan sam­pingan sehingga men­­cecah ri­buan ringgit sebulan.
“Pada 2010, saya diperkenalkan tentang kad sim ini oleh rakan baik, Nor Azman Mat Noor namun saya tidak terus me­­­­n­yer­­tainya kerana kurang faham tentangnya.
“Selang beberapa bulan, saya mendapat sebuah buku untuk dibaca dan memahami tentang bagaimana ingin menjual kad sim tersebut dan akhirnya, kini saya mempunyai lebih 200 ejen di bawah kelolaan saya dengan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium utama,” katanya.

kredit : © Utusan Melayu (M) Bhd 

Ulasan

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Melancap atau Onani tidak bahaya sekiranya..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri