Ujian bukan tanda ALLAH benci

Ujian bukan tanda ALLAH benci

HIDUP ini tidak pernah terlepas daripada ujian.

Malah dalam setiap nafas kita sentiasa diuji. Namun, tidak ramai yang cuba memahami hakikat ujian dan dugaan. Tidak kurang pula lemas dalam ujian yang diberikan ALLAH SWT kepada kita sebagai hamba.
Ujian boleh datang dalam dua rupa. Baik ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Manusia terkeliru, bagi mereka ujian hanyalah ketika diri dihimpit kesusahan, kesempitan hidup atau pelbagai masalah. Akibatnya, ramai yang hanyut ketika diri diuji kesenangan dan kemewahan.

Musibah dan cabaran adalah ujian daripada-Nya. Kehilangan sesuatu yang kita sayangi baik harta, pangkat atau kematian ahli keluarga adalah ujian yang tidak kurang hebatnya. Sekali lagi hakikat ujian adalah untuk menduga tahap keimanan kita di peringkat mana dan sekuat manakah kita.

Di sebalik ujian kesusahan atau musibah berkenaan, ada di antara kita terlalu mudah melatah. Kesempitan dan kesukaran hidup dirasakan bahawa ALLAH sudah tidak menyayanginya. Malah memarahi nasib dan takdir yang disangka bernasib malang.
Aduhai, mengapa begitu sekali sangkaan kita kepada ALLAH, Tuhan yang sentiasa menyayangi kita. Musibah yang tidak pernah dipinta pula datang bertalu-talu sehingga dirasakan dada begitu sesak. Apakah itu tandanya ALLAH tidak menyayangi kita?
NABI Muhammad SAW sendiri pun menghadapi ujian yang sangat berat dalam menjalankan dan menyebarkan dakwah  Islam. Tentangan yang dihadapi bukannya kecil. Namun, Baginda SAW tetap teguh mempertahankan perintah ALLAH SWT untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Sekali lagi, apakah ujian dan cuba-cubaan itu menandakan ALLAH tidak menyayangi kekasih-Nya itu?
Sebagai seorang mukmin, ketika dihujani musibah dan ujian, seharusnya kita semakin meningkatkan segala pergantungan kepada Ilahi. Mengakui kelemahan diri sebagai hamba di samping berasakan keagungan ALLAH.

Merungut bila diuji

Kita mudah marah dan kecewa apabila ditimpa sesuatu kepayahan. Namun cepat pula lupa diri apabila diulit kemewahan. Seolah-olah kita tidak pernah menyedari bahawa semua itu datangnya daripada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Apatah lagi untuk menggambarkan bahawa kita bersyukur di atas setiap pemberiannya.

Ketika menghadapi ujianlah kita dapat melihat bahawa semua tali terputus dan tidak kukuh. Melainkan tali ALLAH tempat bersandarnya segala yang ada di langit dan di bumi. Begitulah  hendaknya kita ini. Jiwa yang selalu bergantung kepada ALLAH, pasti akan menghadirkan pertolongan-Nya. Sama ada cepat atau lambat, kita seharusnya kukuh bergantung kepada ALLAH.

Begitulah juga contoh yang telah ditunjukkan golongan nabi dan rasul ketika diri mereka dihinggapi ujian. Malah ujian yang dihadapi mereka lebih berat berbanding kita, hanya manusia biasa. Mengapa perlu cepat mengeluh dan berprasangka buruk kepada-Nya.

Nikmati ujian-Nya

Golongan nabi dan rasul tetap menikmati cinta mereka kepada ALLAH ketika ujian yang hadir bisa mencabut nyawa. Cinta itulah yang membentuk prasangka dan pandangan baik serta murni terhadap kasih sayang ALLAH.

Kadangkala kita berasakan apa yang kita lalui dan diuji sebagai buruk kepada diri sendiri. Maka dengan cepat kita mengeluh bahawa diri sudah dipinggir Tuhan. Padahal ia baik bagi kita selepas itu. Tiada siapa yang tahu hikmah di sebalik ujian yang menimpa, namun percayalah ALLAH Maha Mengetahui.

Hapus dosa

ALLAH berfirman: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kau suka kepada sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu dan ingatlah, ALLAH jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: 216)

Kita mudah marah dan kecewa apabila ditimpa sesuatu kepayahan. Namun,  cepat pula lupa diri apabila diulit kemewahan. Seolah-olah kita tidak pernah menyedari semua itu datangnya daripada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Apatah lagi untuk menggambarkan bahawa kita bersyukur di atas setiap pemberian-Nya.

Ujian boleh menjadi penghapus dosa yang dilakukan selama ini. Tuhan tidak mahu kita terus bergelumang dengan dosa. Maka kita diuji dengan musibah agar diri kembali kepada fitrah semula jadi. Kembali bersih daripada sebarang dosa dan noda.
Akhir kata, memang benar, bukan mudah untuk melalui semua ujian. Namun kita juga ditunjukkan jalan untuk memohon pertolongan ALLAH. Tanya soalan ini dalam diri anda: "Apakah kita mahu atau tidak?"

sinar harian

Ulasan

  1. Betul... Setiap yang hidup pasti diberi ujian. Kita kena redha dan bertabah dalam menghadapi segal dugaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Melancap atau Onani tidak bahaya sekiranya..

Bagaimana Saya Mendapat RM716,000 Untuk Membeli Kereta Idaman Saya Dalam Hanya Empat Bulan

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri