Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 6 September 2017

10 fakta tentang pengasas Sate Kajang Hj Samuri

10 fakta tentang pengasas Sate Kajang Hj Samuri
Allahyarham Samuri antara ahli perniagaan berbangsa Melayu terawal yang berjaya membawa jenama satenya ke peringkat tertinggi. -Foto www.satekajang.com.my
BERITA pemergian pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi, tengah malam tadi membuatkan bukan sahaja penduduk di sekitar Kajang dan Bangi bersedih, malah perasaan sama dikongsi seluruh rakyat Malaysia.

Allahyarham antara ahli perniagaan berbangsa Melayu terawal yang berjaya membawa jenama satenya ke peringkat tertinggi.

Di sini dipaparkan 10 fakta yang mungkin tidak diketahui tentang Samuri dan jenama besar yang dibinanya.

1. Samuri mewarisi perniagaan sate daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.
2. Beliau kerap membantu bapa saudaranya itu sejak di zaman sekolah.

3. Berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada 1987 untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaan sate.

4. Beliau diminta meneruskan perniagaan itu oleh anak-anak Haji Tasmin selepas kematiannya pada tahun 1992.

5. Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Sate Kajang Haji Samuri.

6. Menggunakan modal permulaan RM18,000, perniagaan itu pada mulanya berdepan cabaran tersendiri apabila ramai pelanggan meminta untuk menjamah Sate Haji Tasmin.

7. Sehingga kini sudah memiliki 20 cawangan di seluruh negara.

8. Turut memiliki tiga buah kilang untuk memproses sate dan kuah.

9.  Lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Jani Mohamad Amir turut meminati bidang perniagaan sate.

10. Rahsia kejayaan perniagaan sate Haji Samuri -- "Jangan menipu pelanggan dan berikan mereka perkhidmatan terbaik."

www.astroawani.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular