Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017


'Kereta Ferrari itu milik saya'

Imej
Gambar seorang pemuda dikatakan pemilik kereta Ferrari yang mencuci tandas masjid. GAMBAR seorang pemilik kereta Ferrari dikatakan bersikap zuhud dengan mencuci tandas masjid di Subang Jaya, setiap pagi selepas solat duha, yang tersebar sejak petang kelmarin, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sedang tunduk mencuci dinding tempat wuduk tanpa wajahnya dapat dilihat dengan jelas.
Gambar disebar oleh seorang pengguna akaun laman sosial itu menyatakan, pemuda berkenaan berpakaian ringkas dan dikatakan akan menukar baju kemeja untuk ke tempat kerja selepas selesai kerja mencuci di masjid berkenaan.
Pemuda itu dikatakan akan memakai kasut dan berjalan ke kereta merah berlambang kuda hitam, berbumbung separas pinggang.
Rata-rata netizen mengakui kagum dengan kerja kebajikan pemuda yang dikatakan boleh menghilangkan sifat takbur, riak dan sombong itu.
Malah tidak kurang juga netizen wanita yang ingin bertemu jodoh dengan lelaki itu. Selepas sehari ga…

Walaupun dikutuk, video Dr Vida 2 juta kali ditonton

Imej
SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai. Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.
Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.
“Terima kasih atas sokongan sayang-sayang.
“Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.
Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan. Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.
Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim. Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  
Sinar Harian Online

Ada duit semua boleh jadi

Imej
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman. KETIKA ini hangat diperkatakan mengenai pengasas produk kecantikan dan kesihatan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46. Bukan kerana produknya, bukan kerana kisah peribadinya yang setelah kembali solo tetapi tentang kemunculannya dengan single pertama. Ya, lagu I Am Me dendangan Vida nampaknya berjaya menarik perhatian ramai.
Lagunya, liriknya, iramanya yang mudah dan catchy itu membuatkan ia menjadi tular. Dinyanyikan pula Vida dengan gayanya yang tersendiri membuatkan tidak mustahil jika lagu ini bakal popular di serata dunia tidak lama lagi. Seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen, mungkin konsepnya adalah seperti lagu ini. Ringkas dan mencuit hati.   
Lebih menariknya selepas itu dikhabarkan pula rakan-rakan pengasas kecantikan lain yang seangkatan dengannya seperti Datuk Aliff Syukri dan Sajat juga mahu merakamkan lagu. Namun setakat ini belum lagi kedengaran lagu Aliff Syukri dan Sajat. Mungkin sedang mencari la…

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

Imej
Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk an…

Teruja beli Saga Aeroback RM280

Imej
Ia bersama Proton Saga Aeroback yang dibelinya. SEORANG blogger automatif dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini. Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi. Kata Ian, beliau tidak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.
"Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya," katanya melalui saluran Youtube beliau, 'Hub Nut'.
Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya. Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video 'review' mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya.
Sinar Harian
\

Selamat hari lahir Tun Mahathir!

Imej
Gambar yang dikongsikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempena ulang tahun kelahiran bapanya. BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini dihujani dengan ucapan selamat dan tahniah sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-92 tahun. Anakandanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam catatannya di Facebook meminta agar Mahathir "diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi rakyat dan negara."
Ucapan selamat hari lahir turut disampaikan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman mikro Twitter miliknya. "Saya harap supaya saya akan menjadi sekuat Tun apabila berumur 92 tahun kelak, eh, maksud saya 29 tahun," katanya.
Selain itu, kolumnis, A Kadir Jasin turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Mahathir dan mendoakan perjuangan beliau. "Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92. Moga-moga ALLAH terus memberkatimu dan mengizinkan perjuanganmu. "Doa kita agar Tun ter…

Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton

Imej
TERUS terang, selepas kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War tahun lalu, penulis rasa begitu teruja untuk menantikan filem terbaru Spider-Man. Bagi mereka yang menonton filem Captain America sehingga habis, mereka juga pasti merasakan keterujaan sama.
Apatah lagi mengetahui dari awal Spider-Man dan Tony Stark @ Iron Man akan bergabung, lagilah timbul keterujaan untuk menantikan filem ini. Dan penantian itu berbaloi selepas menyaksikan tayangan filem Spider-man: Homecoming baru-baru ini.
Filem arahan Jon Watts dan dijayakan oleh pelakon muda, Tom Holland bersama Marisa Tomei, Zenday, Robert Downey Jr. dan Michael Keaton ini merupakan filem versi baru Spider-Man. Apa yang pasti, filem ini akan membuatkan kita seolah-olah menonton filem aksi Spider-Man buat pertama kali di layar perak.
Biarpun inti patinya masih sama seperti kisah awal Spider Man sebelum ini iaitu kisah budak dengan super power, terperangkap antara fasa remajanya dan tanggungjawab sebagai friendly n…

Tip kemudi bahtera perkahwinan

Imej
APABILA tiba musim cuti sekolah dan perayaan, ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana percaya ramai punya kelapangan berkunjung bagi memeriahkan hari bersejarah pasangan mempelai. Memang hasrat ini amat baik kerana Islam juga menggalakkan kita meraikan pasangan-pasangan berkahwin, malah menjadi syiar Islam mengumumkan sesuatu perkahwinan itu.
Dalam sesuatu majlis perkahwinan, perlulah kita membezakan antara adat dan ibadat. Daripada kaca mata Islam upacara akad nikah sebenarnya lebih penting daripada kenduri itu sendiri kerana saat menjadi suami isteri adalah tatkala lafaz ijab dan kabul sempurna. Di situlah bermulanya layar bahtera perkahwinan suami isteri tersebut dan keluarga ini perlu diacukan mengikut acuan yang telah ditetapkan hukum syarak. Berapa ramaikah pasangan pengantin baharu dan ahli keluarga yang menghantar pengantin itu memberi tumpuan kepada khutbah nikah disampaikan jurunikah? Sebenarnya inti pati khutbah nikah itu amat bermakna bag…

Jual tudung guna mesin layan diri

Imej
Roszie menunjukkan mesin layan diri tudung jenama Querenda. INITIATE Global Resources Sdn Bhd (Initiate Global), pengeluar fesyen wanita jenama Querenda memperluaskan rangkaian perniagaan dengan memperkenalkan konsep jualan baharu menggunakan mesin layan diri (vending machine) dikenali Querenda Hijab On The Go bagi menjual tudung keluarannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roszie Amir berkata, idea itu tercetus selepas melakukan kajian permintaan pasaran ekoran masalah kekurangan kakitangan sering dihadapi pengusaha tudung. “Mesin layan diri Querenda Hijab On The Go pertama dikeluar awal tahun ini dan kami tempatkan di pusat  beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor sebagai projek rintis kami.
“Kami pilih lokasi itu kerana strategik, berdekatan pejabat dan universiti untuk ujian pasaran. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan sehingga ia tular di media sosial,” katanya. Roszie berkata, mesin layan diri yang menggunakan teknologi Jepun itu dilengkapi TV LCD yang memaparkan tutorial me…

Televisyen RM2.5 Juta

Imej
SEPERTI telefon bimbit, saiz skrin televisyen juga semakin besar. Malah rata-ratanya hadir dengan saiz 40 inci ke atas.
Terdapat juga televisyen dengan skrin paling besar, C Seed 262. Televisyen LED ini mempunyai skrin sebesar 262 inci yang menjadikannya televisyen 4K terbesar di dunia setakat ini.
C Seed ialah syarikat yang berpangkalan di Swizerland dan menghasilkan televisyen untuk golongan elit. Apabila tidak digunakan, C Seed 262 mempunyai penutup kanvas bermotor yang mengubahnya untuk kelihatan seperti bingkai lukisan klasik. Terdapat 10 pembesar suara dan juga pemain media 4K terbina.
Televisyen ini dijual pada harga RM2.34 Juta dan kos pemasangan mencecah sehingga RM215,000).
Sinar Harian

Juruteknik beli rumah setiap 6 bulan

Imej
Mohd Hafiz Sak Rani MOHD Hafiz Sak Rani bukanlah seorang yang memiliki kewangan yang baik pada awalnya. Dia pernah berdepan dengan masalah kewangan yang teruk sehingga pernah disenaraihitamkan pada 2009 akibat penggunaan melebihi had bagi kad kredit dan pinjaman peribadi.
Dia mengakui lalai ketika usia mudanya dengan keseronokan tanpa memikirkan kesan buruk pada masa akan datang.
"Semuanya bermula apabila saya ditawarkan oleh juru jual kad kredit di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, ketika itu saya masih bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang elektronik dengan gaji RM1,900 sebulan.
"Tanpa berfikir panjang, akhirnya saya menerima tawaran itu sehingga saya memiliki tiga kad kredit dan satu pinjaman peribadi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini. Menurutnya, keseronokan memiliki kad kredit menyebabkan saya berbelanja dengan boros bagi membeli telefon mudah alih yang terkini, membeli-belah dan juga melancong, tanpa memikirkan hutang yang…

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri