Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017


10 fakta menarik mengenai pemilik bas Sani Ekspres

Imej
1- Wan Mohammad Sani Salleh merupakan pemilik rangkaian operasi bas dan juga Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd. 2- Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. 3- Sani memiliki Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway pada tahun 1994. 4- Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi. Beliau adalah ahli kumpulan Impression yang ditubuhkan pada lewat 90-an. Ahli kumpulan yang lain adalah Norman Hakim dan Eizlan Yusoff yang kini pelakon. 5- Pada pandangan Sani, adalah agak sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni. Lalu, Sani mengubah haluan hidup apabila terfikir keadaan hidupnya pada masa hadapan jika terus berada di dalam bidang seni 6- Beliau sudah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda pada usia 35 tahun. Dalam masa 7 tahun, beliau berjaya menggaji 150 tenaga kerja di syarikatnya selain memiliki sebuah bangunan 3 tingkat. Ia dinamakan Wisma D…

RM1 bilion tunai kalau mahu Neymar!

Imej
Neymar. - Foto sumber EPA/BBC Sport BARCELONA (Barca) meletakkan bayaran 222 juta Euro atau 198 juta pound (RM1.1 bilion) jika pasukan Paris St-Germain (PSG) betul-betul mahukan Neymar.
Ketika ini, Barca membenarkan pemain bola sepak berprofilik berkenaan 'tidak berlatih' dan 'fikir tentang masa depannya' selepas beliau menyuarakan hasrat untuk meninggalkan kelab Sepanyol berkenaan, awal hari ini.
Laporan BBC mengatakan PSG didakwa sudah bersedia untuk membayar perpindahan pemain berusia 25 tahun berkenaan.
Neymar yang berasal dari kelab Brazil Santos berpindah ke Barca pada 2013 dengan bayaran 48.6 juta pound dan mengikat kontrak selama lima tahun bersama Barca pada 2016.
Baru-baru ini, wakil Neymar, Wagner Ribeiro memuatnaik tweet mengatakan sebuah kelab Perancis menawarkan Neymar bayaran 650,000 pound (RM3.6 juta) pada tahun lepas. Wagner juga mendedahkan Neymar 'hampir berpindah ke Manchester United'.
Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu pula menegaskan Ney…

'Kereta Ferrari itu milik saya'

Imej
Gambar seorang pemuda dikatakan pemilik kereta Ferrari yang mencuci tandas masjid. GAMBAR seorang pemilik kereta Ferrari dikatakan bersikap zuhud dengan mencuci tandas masjid di Subang Jaya, setiap pagi selepas solat duha, yang tersebar sejak petang kelmarin, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sedang tunduk mencuci dinding tempat wuduk tanpa wajahnya dapat dilihat dengan jelas.
Gambar disebar oleh seorang pengguna akaun laman sosial itu menyatakan, pemuda berkenaan berpakaian ringkas dan dikatakan akan menukar baju kemeja untuk ke tempat kerja selepas selesai kerja mencuci di masjid berkenaan.
Pemuda itu dikatakan akan memakai kasut dan berjalan ke kereta merah berlambang kuda hitam, berbumbung separas pinggang.
Rata-rata netizen mengakui kagum dengan kerja kebajikan pemuda yang dikatakan boleh menghilangkan sifat takbur, riak dan sombong itu.
Malah tidak kurang juga netizen wanita yang ingin bertemu jodoh dengan lelaki itu. Selepas sehari ga…

Walaupun dikutuk, video Dr Vida 2 juta kali ditonton

Imej
SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai. Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.
Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.
“Terima kasih atas sokongan sayang-sayang.
“Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.
Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan. Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.
Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim. Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  
Sinar Harian Online

Ada duit semua boleh jadi

Imej
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman. KETIKA ini hangat diperkatakan mengenai pengasas produk kecantikan dan kesihatan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46. Bukan kerana produknya, bukan kerana kisah peribadinya yang setelah kembali solo tetapi tentang kemunculannya dengan single pertama. Ya, lagu I Am Me dendangan Vida nampaknya berjaya menarik perhatian ramai.
Lagunya, liriknya, iramanya yang mudah dan catchy itu membuatkan ia menjadi tular. Dinyanyikan pula Vida dengan gayanya yang tersendiri membuatkan tidak mustahil jika lagu ini bakal popular di serata dunia tidak lama lagi. Seperti lagu Pen Pineapple Apple Pen, mungkin konsepnya adalah seperti lagu ini. Ringkas dan mencuit hati.   
Lebih menariknya selepas itu dikhabarkan pula rakan-rakan pengasas kecantikan lain yang seangkatan dengannya seperti Datuk Aliff Syukri dan Sajat juga mahu merakamkan lagu. Namun setakat ini belum lagi kedengaran lagu Aliff Syukri dan Sajat. Mungkin sedang mencari la…

4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

Imej
Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.

Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.

2.Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book.

Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk an…

Teruja beli Saga Aeroback RM280

Imej
Ia bersama Proton Saga Aeroback yang dibelinya. SEORANG blogger automatif dari Britain telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback dengan harga 50 pound atau RM280, baru-baru ini. Menurut laporan Malaysian Digest, Ian Seabrook mengatakan kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak berfungsi. Kata Ian, beliau tidak sabar menjalankan operasi membaik pulih (restoration) kepada kereta berkenaan.
"Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya," katanya melalui saluran Youtube beliau, 'Hub Nut'.
Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta Malaysia kedua yang dibelinya. Pada 2016, Ian telah membeli Perodua Kancil dan telah memuat naik video 'review' mengenai kenderaan tersebut di saluran Youtubenya.
Sinar Harian
\

Selamat hari lahir Tun Mahathir!

Imej
Gambar yang dikongsikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempena ulang tahun kelahiran bapanya. BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini dihujani dengan ucapan selamat dan tahniah sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-92 tahun. Anakandanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam catatannya di Facebook meminta agar Mahathir "diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi rakyat dan negara."
Ucapan selamat hari lahir turut disampaikan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman mikro Twitter miliknya. "Saya harap supaya saya akan menjadi sekuat Tun apabila berumur 92 tahun kelak, eh, maksud saya 29 tahun," katanya.
Selain itu, kolumnis, A Kadir Jasin turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Mahathir dan mendoakan perjuangan beliau. "Hari ini, 10 Julai 2017 adalah hari lahir Tun Dr Mahathir yang ke-92. Moga-moga ALLAH terus memberkatimu dan mengizinkan perjuanganmu. "Doa kita agar Tun ter…

Spider-Man: Homecoming berbaloi ditonton

Imej
TERUS terang, selepas kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War tahun lalu, penulis rasa begitu teruja untuk menantikan filem terbaru Spider-Man. Bagi mereka yang menonton filem Captain America sehingga habis, mereka juga pasti merasakan keterujaan sama.
Apatah lagi mengetahui dari awal Spider-Man dan Tony Stark @ Iron Man akan bergabung, lagilah timbul keterujaan untuk menantikan filem ini. Dan penantian itu berbaloi selepas menyaksikan tayangan filem Spider-man: Homecoming baru-baru ini.
Filem arahan Jon Watts dan dijayakan oleh pelakon muda, Tom Holland bersama Marisa Tomei, Zenday, Robert Downey Jr. dan Michael Keaton ini merupakan filem versi baru Spider-Man. Apa yang pasti, filem ini akan membuatkan kita seolah-olah menonton filem aksi Spider-Man buat pertama kali di layar perak.
Biarpun inti patinya masih sama seperti kisah awal Spider Man sebelum ini iaitu kisah budak dengan super power, terperangkap antara fasa remajanya dan tanggungjawab sebagai friendly n…

Tip kemudi bahtera perkahwinan

Imej
APABILA tiba musim cuti sekolah dan perayaan, ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana percaya ramai punya kelapangan berkunjung bagi memeriahkan hari bersejarah pasangan mempelai. Memang hasrat ini amat baik kerana Islam juga menggalakkan kita meraikan pasangan-pasangan berkahwin, malah menjadi syiar Islam mengumumkan sesuatu perkahwinan itu.
Dalam sesuatu majlis perkahwinan, perlulah kita membezakan antara adat dan ibadat. Daripada kaca mata Islam upacara akad nikah sebenarnya lebih penting daripada kenduri itu sendiri kerana saat menjadi suami isteri adalah tatkala lafaz ijab dan kabul sempurna. Di situlah bermulanya layar bahtera perkahwinan suami isteri tersebut dan keluarga ini perlu diacukan mengikut acuan yang telah ditetapkan hukum syarak. Berapa ramaikah pasangan pengantin baharu dan ahli keluarga yang menghantar pengantin itu memberi tumpuan kepada khutbah nikah disampaikan jurunikah? Sebenarnya inti pati khutbah nikah itu amat bermakna bag…

Jual tudung guna mesin layan diri

Imej
Roszie menunjukkan mesin layan diri tudung jenama Querenda. INITIATE Global Resources Sdn Bhd (Initiate Global), pengeluar fesyen wanita jenama Querenda memperluaskan rangkaian perniagaan dengan memperkenalkan konsep jualan baharu menggunakan mesin layan diri (vending machine) dikenali Querenda Hijab On The Go bagi menjual tudung keluarannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roszie Amir berkata, idea itu tercetus selepas melakukan kajian permintaan pasaran ekoran masalah kekurangan kakitangan sering dihadapi pengusaha tudung. “Mesin layan diri Querenda Hijab On The Go pertama dikeluar awal tahun ini dan kami tempatkan di pusat  beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor sebagai projek rintis kami.
“Kami pilih lokasi itu kerana strategik, berdekatan pejabat dan universiti untuk ujian pasaran. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan sehingga ia tular di media sosial,” katanya. Roszie berkata, mesin layan diri yang menggunakan teknologi Jepun itu dilengkapi TV LCD yang memaparkan tutorial me…

Televisyen RM2.5 Juta

Imej
SEPERTI telefon bimbit, saiz skrin televisyen juga semakin besar. Malah rata-ratanya hadir dengan saiz 40 inci ke atas.
Terdapat juga televisyen dengan skrin paling besar, C Seed 262. Televisyen LED ini mempunyai skrin sebesar 262 inci yang menjadikannya televisyen 4K terbesar di dunia setakat ini.
C Seed ialah syarikat yang berpangkalan di Swizerland dan menghasilkan televisyen untuk golongan elit. Apabila tidak digunakan, C Seed 262 mempunyai penutup kanvas bermotor yang mengubahnya untuk kelihatan seperti bingkai lukisan klasik. Terdapat 10 pembesar suara dan juga pemain media 4K terbina.
Televisyen ini dijual pada harga RM2.34 Juta dan kos pemasangan mencecah sehingga RM215,000).
Sinar Harian

Juruteknik beli rumah setiap 6 bulan

Imej
Mohd Hafiz Sak Rani MOHD Hafiz Sak Rani bukanlah seorang yang memiliki kewangan yang baik pada awalnya. Dia pernah berdepan dengan masalah kewangan yang teruk sehingga pernah disenaraihitamkan pada 2009 akibat penggunaan melebihi had bagi kad kredit dan pinjaman peribadi.
Dia mengakui lalai ketika usia mudanya dengan keseronokan tanpa memikirkan kesan buruk pada masa akan datang.
"Semuanya bermula apabila saya ditawarkan oleh juru jual kad kredit di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, ketika itu saya masih bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang elektronik dengan gaji RM1,900 sebulan.
"Tanpa berfikir panjang, akhirnya saya menerima tawaran itu sehingga saya memiliki tiga kad kredit dan satu pinjaman peribadi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini. Menurutnya, keseronokan memiliki kad kredit menyebabkan saya berbelanja dengan boros bagi membeli telefon mudah alih yang terkini, membeli-belah dan juga melancong, tanpa memikirkan hutang yang…

Beli rumah guna duit hantaran

Imej
Anis bersama suaminya.
BERPENGALAMAN melihat sendiri kegigihan ibunya yang membesarkan mereka tiga beradik dengan menggunakan duit sewa rumah memberi semangat kepada Penasihat dan Pelabur Hartanah, Anis Hafiza Ali untuk memiliki hartanah pada usia muda sekali gus menceburkan diri dalam bidang hartanah.

Menurut Anis Hafiza, 24, peristiwa itu menyebabkan dia nekad memiliki rumah sendiri kerana pelaburan pada hartanah boleh menjana pendapatan lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun. "Saya melihat ibu, Azilah Abdullah selepas bercerai, membina beberapa rumah sewa di kampung. Hasil bayaran sewa itu, ibu membesarkan kami tiga beradik, nilai sewaan semakin bertambah.
"Jika membeli kereta, nilainya akan susut dalam tempoh beberapa tahun berbanding membeli rumah, nilainya akan meningkat dalam tempoh sama. Lokasi strategik juga mampu menyumbang peningkatan nilai hartanah," katanya. Tambahnya, situasi tersebut menunjukkan pemilikan hartanah penting dan di…

Pulut kuning, rendang Zarina laris

Imej
Pulut kuning dan rendang Zarina Zainuddin pikat selera ramai ketika berbuka dan bersahur.

BUKAN hanya pada hari biasa, perniagaan pulut kuning dan rendang pelakon Zarina Zainuddin semakin rancak pada bulan Ramadan.
Menurut Zarina, hampir setiap minggu tempahan pulut kuning diterima terutama daripada ejennya, selain dijual di bazar-bazar besar yang dianjurkan syarikat di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Kuantan, Pahang.
"Pulut kuning dan rendang ini tahan lama bila disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh dipanaskan semula apabila kita hendak makan. "Jadi ramai yang jadikan pulut kuning dan rendang ayam, daging atau kerang kami sebagai juadah untuk berbuka dan bersahur," katanya sejak memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu.
Walaupun bukanlah berniaga setiap hari, namun Zarina berkata, setiap kali dia menjual pulut kuning dan rendangnya pada suatu-suatu acara tertentu, produknya habis dijual dalam tempoh dua jam.
"Dari segi kuantiti, ia bergantung kepada permin…

Jangan takut dalami al-Quran: Chun Wai

Imej
Chun Wai berhasrat mencari seorang guru untuk membimbingnya membaca al-Quran. - Foto: Sharifuddin Abd Rahim
PETALING JAYA - Masyarakat bukan Islam di Malaysia harus lebih terbuka dan tidak perlu takut mempelajari tentang Islam dan al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai  berkata, tidak salah untuk masyakat bukan Islam berbuat demikian kerana ia membawa kebaikan.
“Kita duduk di Malaysia  yang realitinya adalah negara majoriti Islam. Jadi tidak salah untuk kita memahami Islam dan kitab sucinya al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, al-Quran dan Islam bukan asing bagi dirinya dan minat mendalaman dua perkara itu tercetus sejak remaja lagi.
"Saya belajar Sejarah Islam dan Kesusasteraan Melayu masa di Tingkatan 6.  Malah, masa di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya juga belajar Tamadun Islam.  Menarik lagi, adik perempuan ibu saya juga peluk Islam," katanya. Chun Wai, seorang penganut Kristian …

LHDN pantau peniaga MLM

Imej
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan terus memantau orang perseorangan yang cuba mengelak membayar cukai pendapatan melalui penglibatan dalam syarikat Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat atau Multi-level marketing (MLM).
"Mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam perniagaan MLM, mereka tetap perlu membuat pentafsiran cukai pendapatan. LHDN tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba mengelak bayar cukai," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim seperti yang dilaporkan dalam Sin Chew Daily.
Menurut beliau, mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan mana-mana individu yang bergaji dan mempunyai pendapatan sampingan perlu mengisytiharkan  jumlah pendapatan sampingan yang diperoleh mereka itu kepada LHDN.
"LHDN akan menyiasat dari mana punca pendapatan mereka. Selain itu, sekiranya pendapatan mereka berdasarkan komisen, mereka juga perlu mengisytiharkan kepada LHDN diseb…

Serunding Kampung Laut laris di Kuala Lumpur

Imej
Serunding Kampung Laut, Tumpat, bukan hanya popular di Kelantan tetapi mendapat permintaan yang tinggi di luar negeri itu terutama di Lembah Klang. Oleh itu, tidak menghairankan serunding asli ayam dan daging itu mendapat sambutan yang hangat setiap kali bulan Ramadan dan juga menjelang Syawal. Bagi memenuhi permintaan yang tinggi itu, Nurul Syamimi Mohd Sharifuddin, 22, sanggup datang dari Kelantan untuk menjual sendiri serunding yang diusahakan keluarganya dengan membuka gerai jualan di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur. Gerai yang dikendalikan Nurul Syamimi, Natrah Kerepek House, yang beroperasi sejak 2007, sentiasa menyaksikan jualannya meningkat setiap tahun dengan keuntungan boleh mencecah RM2,000 sehari. Beliau berkata keistimewaan serunding berkenaan yang merupakan warisan turun temurun keluarganya itu terletak pada ramuan rempah ratus selain rasa manis dan pedas yang enak sehingga menambat selera pelanggan. "Alhamdulillah, serunding asli ini masih lagi mendapat jualan …

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..