Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 26 Oktober 2016

Iklan palsu: Pelanggan saman KFC RM83j

KFC
- Gambar Hiasan


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita memfailkan saman AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan palsu (false advertising).

Menurut laporan CBS Local, Anna Wurtzburger, 64, mendakwa KFC menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar.

Anna mendakwa untuk dia hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan.
Berdasarkan iklan, iklan berkenaan hanya mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna.

"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam," kata Anna.

"Anda (saya) hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!," kata Anna lagi.

KFC bagaimanapun berkata, dakwaan Anna sebagai 'tidak masuk akal' dan bercadang meminta mahkamah untuk mengugurkan saman tersebut.

Sinar Harian Online

Sabtu, 15 Oktober 2016

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

Kedai Pok Ta Kale Feri jadi tumpuan ramai

WALAUPUN kedudukan kedainya agak tersorok dari pandangan umum, namun kedai Pok Ta Kale Feri sering menjadi tumpuan dek kerana hidangan yang ditawarkan memenuhi cita rasa pelanggan.

Kedai milik Fauziah Mamat, 50, yang terletak di Pasir Kelang, di sini, hanya menghidangkan kue tiau, mi segera, bihun serta mi sup dan goreng berlaukkan udang, sotong, daging serta telur sebagai menu utama di kedainya.

Menurut Fauziah, kedai yang diusahakan sejak 2006 itu mengetengahkan resipi ciptaannya sendiri.

Idea berniaga ini timbul ketika suaminya, Mohd Satar Jaafar, 54, yang juga orang kurang upaya (OKU) bekerja sebagai pembuat bot di Pangkalan Feri Pasir Kelang.

"Kedai ini dibuka dengan modal sekitar RM3,000 sahaja. Dulu perniagaan ni biasa-biasa jer tapi lepas banjir (2014), pelanggan makin bertambah. Hasil jualan juga meningkat," katanya yang turut dibantu empat anaknya.

Katanya, bagi memenuhi selera pelanggan, dia sentiasa menitik beratkan kualiti lauk agar sentiasa segar bagi memastikan  keasliannya sentiasa terjaga.

"Lauk seperti udang, daging dan sotong saya beli setiap hari kerana lauk yang baru mampu menjamin rasa yang dapat memenuhi selera pelanggan, saya mahu pelanggan puas hati.
"Daging yang saya gunakan juga adalah daging tempatan. Alhamdulillah, saya kini mampu menjual sekitar 100 mangkuk makanan berkuah sama ada mihun, mi, kuetiau ataupun mi segera," katanya.

Lebih menarik lagi, katanya, pelanggan dapat melihat panorama indah di sekitar Pengkalan Feri Pasir Kelang sambil menikmati hidangan disediakan.

"Kedai ini beroperasi jam 2 petang pada setiap hari Jumaat dan jam 12 tengah hari pada hari biasa," katanya.

Tambah Fauziah lagi, melihat perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan, dia berhasrat untuk membuka cawangan.

Kredit : Sinar Harian Online

Jumaat, 14 Oktober 2016

Zionis, Syiah bersatu untuk hancurkan Islam

zionis-dan-syiah-bersatu-hantam-islam1

Ramai yang menyangka Syiah dan Zionis adalah puak yang saling bertentangan dengan melihat betapa terkehadapannya Iran menentang perancangan Israel.

Namun, sebuah buku yang ditulis penulis dari Indonesia, Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi menemui fakta sebaliknya.

Menulis dalam buku terbarunya Zionis, Syiah bersatu hentam Islam, Pizaro mendedahkan bagaiman Syiah dan Zionis berkerjasama erat merancang pembantaian umat Islam Palestin.

Menurut beliau, Israel bukanlah pelakon tunggal yang membunuh umat Islam Palestin, sebaliknya Syiah Lubnan dan Syria turut menjadi sekutu mereka.

“Dulu orang masih mengira bahawa Iran adalah negara terkehadapan melawan Zionisme Yahudi.
“Di buku ini anda akan dapati fakta yang sebaliknya. Keduanya yang di luar nampak keras bermusuhan, namun di bawah meja keduanya erat berjabat tangan,” ujarnya sebagai mempromosi buku terbaru itu.

Katanya, antara tahun 1962 sehingga kejatuhan Shah Pahlevi pada tahun 1979, perisik Israel menjalin hubungan erat dengan banyak petugas Iran.

Setelah Pahlevi tumbang, rejim Khomeini menghabiskan dana hingga AS$500 juta untuk membeli peralatan perang dari Israel.

Muhammad Pizaro- novelis-indonesia
Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi

Bahkan kedua-dua negara ini bersekutu menyerang reaktor nuklear Iraq pada tahun 1981.

Brigade Sadr pula, katanya, adalah kumpulan Syiah yang melindungi tentera George Bush dari Kuwait menuju Baghdad melewati gurun pasir An-Nashiriyah.

“Maka tidak aneh jika Ali As-Sistani (ulama Syiah Iraq) yang biasanya lantang mengisytihar perang ke atas Israel tapi melarang jihad melawan hegemoni Amerika Syarikat di Iraq.

“Itulah segelintir skandal sejarah yang dilakukan oleh sumber tertinggi Syiah di negeri 1,001 malam,” katanya.

Buku ‘Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam’ mengandungi 16 bab yang mendedahkan wajah sebenar hubungan intim Syiah dan Zionis bermula di Syria, Lubnan, Iraq, Iran, Palestin, Afghanistan, Malaysia hingga Indonesia.

“Selama ini kita menyangka bahawa Syiah dan Zionis adalah dua kelompok yang saling bertikai.
“Namun buku ini memberikan perspektif baru dalam melihat fakta yang sebenarnya, bahwa pada satu titik mereka dapat bersama melawan umat Islam. Umat Islam harus membacanya,” kata bekas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Adhyaksa Dault.

“Untuk mengkritik Syiah, tidak cukup hanya pada sisi teologis. Kita juga harus mengungkap data dan fakta berkait hubungan mereka dengan Zionis Yahudi.

“Dengan menghadirkan buku ini dalam bahasa Melayu, semoga informasi ini tidak hanya beredar di Malaysia saja tapi juga di seluruh dataran Melayu yakni Thailand, Brunei, dan juga Filipina,” kata Mustapha Mansor, sukarelawan Mavi Marmara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Selasa, 11 Oktober 2016

Dibedah kerana alat mainan seks tersangkut

Dibedah kerana alat mainan seks tersangkut
Emma ketika di hospital

MERSEYSIDE - BRITAIN. Walaupun malu, seorang wanita terpaksa menelefon ambulans selepas alat mainan seks yang digunakannya tersangkut di dalam badannya, Sabtu lepas.

Menurut laporan Dailymail, sebelum menelefon ambulans, Emma Phillips, 24, dan pasangannya Lee Miller, 29, cuba mengeluarkan sendiri alatan tersebut.

"Miller menggunakan penyepit dari dapur tetapi tetap gagal," kata Emma.

Selepas sejam 'bersusah payah' dan masih gagal, Emma tahu sudah tiba masanya untuk menelefon ambulans.

"Para doktor sangat bagus, mereka bertindak dengan pantas dan menenangkan saya.

"Pada mulanya ia dianggap sebagai lawak tetapi selepas mendapat tahu kemungkinan dibedah, ianya sangat serius," jelas Emma.

Selepas menjalani pembedahan, peranti tersebut berjaya dikeluarkan dan dibenarkan pulang ke rumah hari yang sama.

Ibu Emma memberitahu, beliau tidak memarahi anaknya atau berasa malu dengan kejadian tersebut kerana ia melibatkan 'kecemasan'.

"Perkara tersebut seperti suatu taboo, tetapi kami tahu anak kami perlukan pertolongan," kata ibu Emma.

Emma kemudian memuat naik ucapan terima kasih di Facebook kepada kru ambulans, doktor dan kakitangan hospital Wrexham yang telah membantu beliau.

Kredit : Sinar Harian Online
   

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular