Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 30 Jun 2016

Mufti ingatkan umat Islam jujur cari rezeki

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


KANGAR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam agar jujur dalam mencari rezeki untuk mendapat keberkatan dengan menggunakan sumber wang yang halal.

Mohd Asri berkata, penggunaan wang yang halal hasil titik peluh ketika bekerja sudah pasti digunakan untuk keperluan harian anggota keluarga termasuk soal pemakanan.

"Jangan sesekali lupa bahawa pemakanan halal amat penting bagi setiap umat Islam kerana Allah hanya akan memakbulkan doa dari mereka yang makan makanan dibeli dari hasil wang atau rezeki yang halal," katanya.

Mohd Asri menyampaikan tazkirah zohor sempena program Raudhatul Iktikaf di sepuluh terakhir Ramadan anjuran Jabatan Mufti Perlis di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini.

Mufti Perlis menarik perhatian dengan memberi contoh mereka yang terlibat dalam penipuan pengendalian pakej umrah dengan menjanjikan jemaah tempat tinggal istimewa di tanah suci Mekah dan Madinah.

"Ada yang menawarkan pakej yang memberi keselesaan kononnya kerana dekat dengan masjid, tetapi hakikat sebenar jaraknya jauh.

"Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan bersuara dan menuntut apa-apa hak atas alasan perlu bersabar dan reda dengan pelbagai ujian di tanah suci," katanya.

Katanya, tidak kurang juga bentuk penipuan lain terutamanya oleh peniaga.

"Makanan yang dimasak atau ikan yang disimpan beberapa hari tetapi peniaga memaklumkan kepada pembeli makanan itu disediakan menggunakan ikan segar.

"Doa mereka ini (peniaga) tidak akan diterima oleh Allah walaupun selalunya pada akhir sepuluh Ramadan Allah memperkenankan doa setiap umatNya," katanya.

Malah perbuatan seperti ini akan menjadi punca terjadinya segala masalah hati dan sahsiah manusia yang akhirnya mempengaruhi serta merosakkan komuniti sesebuah masyarakat, kata Mohd Asri. - Bernama

Rabu, 29 Jun 2016

Rakyat Malaysia pertama sertai 'Ninja Warrior'

Mohd Redha


VIDEO karya Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Việt Nam atau lebih dikenali sebagai 'Ninja Warrior', mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.
Karyawan kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai 'Mat Redho' dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 melalui https://www.youtube.com/watch?v=1DyvnvwR_-g.

Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Việt Nam pada 19 Mei.

Menurut akhbar itu, pada tahun ini, sebanyak 1,500 orang mendaftar diri untuk menyertai pusingan pertama permainan berkenaan, termasuk 35 rakyat asing.

Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.

Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.

Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu. - Bernama

Selasa, 28 Jun 2016

Video ancaman IS sekadar propaganda

Video ancaman IS sekadar propaganda

SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim membuat kesimpulan bahawa video yang disebarkan anggota IS yang melaungkan amaran ‘mengegarkan’ Bukit Aman sekadar propaganda dengan tujuan mendapatkan pengaruh dan memancing penyertaan baharu.

Menurutnya, tujuan utama video berunsur ugutan mengancam keselamatan negara ialah menyatakan doktrin mereka kononnya gerakan diperjuangkan itu hebat sekali gus berjaya memikat ahli baharu.

“Ugutan dilaungkan itu bertujuan mendapatkan pengaruh di kalangan ahli-ahli dan individu cenderung perjuangan ekstremis.

“Video ugutan itu bukan bertujuan mengancam atau mengugut, sebaliknya lebih kepada merekrut ahli baharu menyertai kumpulan IS itu, bagi menunjukkan mereka memang berani dan berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, Kamal Affendi mengingatkan supaya pihak polis dan anggota keselamatan lain mengambil serius ugutan berkenaan meskipun ia helah kumpulan IS.

“Memang kelaziman kumpulan pelampau membuat ugutan sedemikian tapi kita tahu pelampau IS itu tidak berada di Malaysia ketika serangan dibuat, jika benar situasi itu berlaku,” katanya.

Baru-baru ini negara digemparkan video pelampau IS dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin mengugut serang Bukit Aman.

Kredit : Sinar Harian

Jumaat, 24 Jun 2016

Cara mudah mencari dana peniaga kecil untuk modal

11059559_622794444521525_9041897628161047397_n

BARU LANCAR – Income 100% ke Bank ANDA.

>>> www.DanaNiaga2u.com/toneamri

Modal kecik, RM10 jer, simpan pun tak jadi apa2.
Cuba program ni, mcm2 boleh dapat.

* Produk diskaun (lebih RM10)
** Web iklan Percuma
*** Peluang Jana Income RM 6,250.00 di Stage-3

 ##DAFTAR SEGERA

>>> www.DanaNiaga2u.com/exora
>>> www.DanaNiaga2u.com/hazriq87
>>> www.DanaNiaga2u.com/iklanviral
>>> www.DanaNiaga2u.com/pau

Selasa, 21 Jun 2016

142 kes ugut sebar gambar, video dilapor

142 kes ugut sebar gambar, video dilapor

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 403 aduan daripada masyarakat awam berhubung kes yang melibatkan kesalahan jelik dan ugutan antara Jan hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini bahawa daripada jumlah itu, sebanyak 142 aduan berkait dengan ugutan penyebaran gambar dan video peribadi mangsa telah dipanjangkan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kesalahan melibatkan jenayah peras ugut atau mendedahkan maklumat individu bagi tujuan balas dendam adalah di bawah bidang kuasa PDRM, namun pihak SKMM sentiasa bekerjasama dengan pihak PDRM dalam membanteras jenayah peras ugut di media sosial.

"Ia meliputi aspek-aspek kerjasama pemantauan, pengesanan, perkongsian maklumat dan juga aspek forensik digital," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Koh Chin Han berhubung perkara itu.  

Jailani berkata pada masa yang sama, SKMM sentiasa menjalankan program kesedaran dan pendidikan bagi memupuk budaya kepenggunan media secara bijak agar pengguna media baharu tidak terjerat dengan jenayah berkenaan. 

Setakat ini, pengguna internet di dalam negara berjumlah 20.1 juta orang, manakala 16.8 juta daripada jumlah itu adalah pengguna aktif di media sosial. - Bernama

Jumaat, 17 Jun 2016

Pemulihan melalui al-Quran elak banduan ulangi jenayah

Al-Quran

PUTRAJAYA - Pembelajaran dan pembacaan al-Quran yang diterapkan dalam kalangan banduan merupakan antara faktor penyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai negara terbaik di rantau Asia dari aspek perlakuan jenayah berulang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah koreksi melalui pembudayaan al-Quran di dalam penjara di seluruh negara berjaya menjadikan hanya kira-kira 7.6 peratus daripada banduan yang dibebaskan kembali melakukan jenayah dan dipenjara semula.

"Usaha proaktif yang dilakukan Jabatan Penjara ini amat dipuji kerana kita harus sedar bahawa banduan tidak seharusnya hanya dihukum, sebaliknya diberi penerapan nilai-nilai Islam seperti pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai sebahagian proses pemulihan.

"Selain itu, kaedah ini juga secara tidak langsung mampu memperluaskan syiar Islam dalam kalangan banduan, dan institusi penjara secara keseluruhannya," katanya semasa berucap melancarkan Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, lebih 70 peratus daripada 47,000 banduan di Malaysia adalah beragama Islam.

‎Katanya usaha itu dilakukan Yayasan Restu dengan kerjasama Jabatan Penjara dengan mewakafkan al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk kegunaan banduan dan anggota keselamatan di seluruh negara.

Ahmad Zahid memberikan contoh mengenai bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang telah menjadi guru mengajar al-Quran dalam kalangan banduan di dalam penjara.

"Beliau telah membawa banduan-banduan yang tidak dapat membaca al-Quran kini dapat membacanya dan mengharapkan di luar penjara beliau akan terus boleh memberikan ilmu itu kepada yang lain," katanya.

Program Waqaf al-Quran yang dilancarkan sejak 2007 setakat ini berjaya mencetak dan mengagihkan 30,000 naskhah al-Quran yang diwakaf kepada pelbagai negara terutama minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan seperti Kemboja, Myanmar
Indonesia, Nigeria, Australia, New Zealand, Vietnam, Yaman, Palestin selain sekolah tahfiz, masjid serta pelbagai institusi dalam negara.

Pada majlis hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyerahkan sumbangan daripada kerajaan kepada pihak Yayasan Restu bagi program Waqaf al-Quran sebanyak RM3 juta selain derma daripada beberapa individu dan syarikat. - Bernama

Rabu, 15 Jun 2016

Telefon bernilai AS$17,000 untuk 'super kaya'

Solarin

LONDON - BRITAIN. Hanya mereka yang terlalu kaya, usahawan terkemuka, selebriti dan VIP sahaja mampu memiliki telefon bimbit Solarin.

Menurut laporan CNN, Solarin yang dibina berasaskan perisian Android mampu memberikan perlindungan maksimum terhadap maklumat dan panggilan pemiliknya.

Selain itu, bahan gred tentera (military grade) digunakan untuk membina telefon keluaran Sirin Lab tersebut.

"Harga bukan agenda kami," kata Presiden dan penolong pengasas Sirin Lab, Moshe Hogeg.
Katanya, Solarin mempunyai skrin paling terbaik di dunia, speaker paling kuat dan paling laju untuk 4G LTE.

Malah, kelajuan WiFinya adalah sepuluh kali ganda dari mana-mana rangkaian.
"Pelanggan yang kami sasarkan adalah usahawan antarabangsa yang sentiasa bergerak," kata CEO Sirin Lab, Tal Cohen.

"Telefon ini direka untuk melindungi maklumat peribadi kritikal dan untuk perlindungan privasi maksimum," jelas Tal Cohen.

Kredit : Sinar Harian Online

Selasa, 14 Jun 2016

Tukar telefon lama untuk iPhone 6s

Tukar telefon lama untuk iPhone 6s
Cheong Tat (tengah) menunjukkan telefon bimbit dan telefon pintar lama yang ditukar bagi membeli iPhone 6s.


PENERAJU penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Bhd (Maxis), menganjurkan program trade in dan trade up bagi memiliki iPhone 6s baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Maxis berkata, sesiapa sahaja layak memiliki telefon iPhone 6s pada harga serendah RM840 atau RM35 sebulan tanpa bayaran pendahuluan dengan Maxis Zerolution.

Ketua Runcit Maxis, Tan Cheong Tatt berkata, pihaknya mahu memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menukar telefon.

"Pengguna hanya perlu membawa sebarang telefon lama ke mana-mana 268 kedai Maxis di seluruh negara tanpa perlu membawa kotak, pengecas atau aksesori lain," katanya.

Selain daripada pengalaman tukar beli yang lebih mudah untuk pelanggan, Maxis juga menjanjikan nilai tukar beli yang lebih tinggi sehingga RM1,560.

Maxis juga akan memberikan sekurang-kurangnya RM240 untuk telefon yang paling lama termasuk model bagi 1990-an selagi telefon berfungsi.

Kredit : Sinar Harian Online

Khamis, 9 Jun 2016

11 juta tonton video klip Sudah Ku Tahu

11 juta tonton video klip Sudah Ku Tahu


NAMA Projector Band sudah tidak asing lagi. Dengan lagu ‘berhantu’ mereka, Sudah Ku Tahu, ia bagaikan menjadi fenomena apabila tidak hanya di bilik-bilik karaoke malah turut menjadi perhatian peminat lagu itu untuk menyanyi di laman sosial YouTube.

Klip video rasmi dengan lirik ini sudah ditonton 11,171,853 sejak dimuat naik pada 18 Februari lalu.
Nampaknya, ramai peminat lagu ini turut berkaraoke menggunakan laman sosial YouTube.

Tidak hanya itu, lagu yang sudah tiga tahun diperdengarkan ini juga menjadi kegemaran apabila sering dipilih untuk dinyanyikan menerusi aplikasi Smule. Dengan pelbagai versi, lagu ini benar-benar menepati cita rasa peminat muzik tempatan.

Dengan genre muzik rock ala 1990-an, Sudah Ku Tahu mengembalikan nostalgia lagu-lagu rock kapak, tangkap leleh. Ia dianggap sesuatu yang baharu bagi generasi muda, namun bagi yang berusia 30 tahun ke atas, lagu ini tangkap ‘cintan’ buat mereka.

Tidak hairanlah, lagu ini juga menjadi pilihan pendengar apabila kebanyakan stesen radio seakan ‘wajib siar’ lagu dalam sehari.

Daripada kanak-kanak hingga dewasa, lagu ini menjadi siulan. Jangan kata ada yang tidak tahu lagu ini kerana fenomena ini mungkin berterusan hingga selepas Aidilfitri nanti.

Kredit : Sinar Harian Online

Rabu, 8 Jun 2016

Akaun media sosial Mark Zuckerberg digodam

Akaun media sosial Mark Zuckerberg digodam
Mark Zuckerberg


BEBERAPA akaun media sosial milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg digodam.

Laporan Sydney Morning Herald mengatakan Mark menggunakan kekuatan kata kunci yang lemah, termasuk kata kunci 'dadada' pada akaun LinkedIn.

Akaun Twitter Mark juga digodam apabila pengodam memaparkan kata kunci akaun LinkedIn Mark.
Manakala, akaun Pinterest Mark pula telah diubah dengan grafik dan tulisan 'Hacked By OurMine Team'.

"Hey, kamu cuma menguji sistem kawalan kamu. Hubungi kami!" kata pengodam, OurMine.
Sementara itu, jurucakap Twitter menggalakkan pelayar laman sosial menggunakan kata kunci yang kuat.

Bulan lepas, LinkedIn mengaku kecurian data yang berlaku pada 2012 telah memberi kesan yang tidak disangka pada tahun ini.

Sinar Harian Online

Selasa, 7 Jun 2016

Promosi Terkini Dari Tone Excel/Tune Talk

 

Effective 1 June 2016, Tone Excel members will enjoy new FREEBIES for every Top Up made. Another great reason to join Tone Excel community!
Denomination Airtime Credit FREEBIES Mins, SMS, Data Validity (Days)  
 
RM10
RM10 10 Mins (All Network) + 10 SMS (Same Network)
10
 
 
RM20
RM20 20 Mins (All Network) + 20 SMS (Same Network)
20
 
RM30
RM30
1 GB + 30 Mins (All Network)
30
 
RM50
RM50 50 Mins (All Network) + 1.5 GB + RM 10
30
 
 
RM100 & Above
According to Top Up Amount 50 Mins (All Network) + 1.5 GB + RM 10
30
 

Khamis, 2 Jun 2016

Pengguna internet Sabah pentingkan kandungan

Internet

KOTA KINABALU -  Pengguna internet di Sabah lebih memberi perhatian terhadap bahan kandungan yang mereka lihat di dalam talian daripada merungut mengenai tiada liputan perkhidmatan atau kualiti liputan yang tidak memuaskan.

Pengarah Kanan Sokongan dan Capaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar berkata kehendak pengguna internet di Sabah adalah unik berdasarkan pertumbuhan ketara jumlah pengguna internet di negeri ini.

Menurut beliau, 11.9 peratus daripada rakyat Malaysia ialah dari Sabah dan 7.9 peratus daripada keseluruhan pengguna internet di negara ini juga dari negeri ini, yang merupakan satu jumlah yang sangat tinggi.

Perangkaan suruhanjaya itu untuk Sabah pada tahun lepas menunjukkan 223 aduan diterima berkenaan kandungan internet, diikuti jenayah siber sebanyak 86 aduan, manakala liputan perkhidmatan yang tidak memuaskan sebanyak 61 aduan, katanya.

"Saya ingatkan (aduan di Sabah) lebih kepada kualiti liputan kerana keadaan muka bumi dan cabaran dalam menyediakan perkhidmatan, katanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Eneng Faridah berkata 25 peratus daripada aduan mengenai kandungan adalah mengenai maklumat palsu atau mengelirukan dan 21 peratus mengenai kandungan lucah atau tidak senonoh.
"Malangnya, kandungan seperti ini melambak di internet," katanya.

Berikutan aduan itu, beliau berkata SKMM akan menekankan bagaimana untuk memperkasakan pengguna bagi melakukan kawalan kendiri selain daripada melindungi mereka dan yang tersayang, terutamanya kanak-kanak daripada terdedah kepada kandungan internet yang tidak diingini itu.
"Kami bimbang orang ramai melihat isu mengenai kandungan dan apabila anda berada dalam talian isu itu boleh menjadi sangat besar.

Potensi untuk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta internet adalah amat penting dan baik, dan adalah memalukan jika penggunaannya hanya dilihat kepada penyalahgunaan media sosial dan masyarakat tidak dapat bergerak ke hadapan, " katanya. - Bernama

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular