Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 6 Mei 2016

Insiden helikopter: PRN11 tetap diteruskan

 SPR

SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menafikan khabar angin yang mengatakan hari mengundi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) Sarawak esok ditangguhkan susulan insiden sebuah helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan dilaporkan hilang.

Mohd Hashim berkata, hari mengundi tetap diteruskan mengikut jadual sebelum ini.
“Itu khabar angin sahaja. Mengundi diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan dipercayai milik helikopter hilang dijumpai]

Beliau berkata, serpihan itu merupakan sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain.
Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Proses pengundian awal bagi PRN11 bermula jam 8 pagi esok.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya iaitu 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dun Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dun - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lalu.

Kredit : Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular