Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016


Norafiza ejen hartanah berjaya

Imej
PERUNDING Hartanah SMY Valuers & Consultants Sdn Bhd, Norafiza Arifen, 32, tidak menyangka menerima pengiktirafan besar sebagai Ejen Hartanah Terbaik Dalam Talian (online) 2015 oleh MIEA- PropertyGuru tahun lalu.

Kerjaya Norafiza yang pada mulanya hanya sekadar mencuba satu pengalaman baharu itu, tidak langsung menjangka dia mampu berada di tahap hari ini.

Baginya anugerah itu adalah pengiktirafan terbesar walaupun baru berkecimpung dalam bidang hartanah selama hampir tiga tahun.

“Penilaian dibuat berdasarkan kepada amalan pengiklanan dalam talian dan bukannya kepada jualan semata-mata.

“Saya tidak sangka kerana terdapat persaingan yang kuat di dalam bidang ini memandangkan saya masih baru," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Menerusi anugerah itu, Norafiza telah mula dikenali ramai, sekali gus menambah kepercayaan orang ramai untuk berurusan dengannya.

Bercerita tentang permulaan kerjayanya, Norafiza berkata, tanpa sebarang pengetahuan be…

Adun Permaisuri bakal MB baharu Terengganu?

Imej
Datuk Mohd Jidin Shafee

Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee disebut-sebut bakal dilantik menjadi menteri besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Mohamad Razif Abdul Rahman.

Bahkan, biodata beliau sebagai bakal MB baru mula disebarkan menerusi laman-laman sosial khasnya Facebook dan Whatsapp.

Ini ekoran tindakan Istana Terengganu menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada MB Razif pada Jumaat lepas.

Berita yang mulanya disiarkan oleh Malaysia Dateline itu disahkan kemudiannya oleh jurucakap istana.

Nama Mohd Jidin mula disebutkan sebagai bakal ganti Razif sejak beberapa bulan lalu lagi melalui perbualan mulut ke mulut.

Selain Mohd Jidin, nama Datuk Rozi Mamat, Adun Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri sekarang juga disebut-sebut sebagai bakal MB yang baharu, namun beliau telah menafikannya.

Namun sehingga kini tidak dapat diketahui apakah laluan akan diambil untuk mencapai hasrat kepada perlantikan ini. Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak d…

Bilakah hutang negara liabiliti kepada ekonomi?

Imej
SEJAK tahun 2009, paras hutang kerajaan persekutuan telah melangkaui paras yang melebihi 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Pada tahun 2015, paras hutang kerajaan persekutuan direkodkan sebanyak 54.3 peratus kepada KDNK.

Walaupun paras hutang negara masih berada di bawah siling yang ditetapkan iaitu 55 peratus, wujud kebimbangan di kalangan rakyat tentang tadbir urus fiskal negara.
Persoalannya di sini ialah adakah hutang negara yang tinggi baik untuk pertumbuhan ekonomi? Biar saya jelaskan seperti berikut.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati ekonomi cenderung bertumbuh lebih pantas jika kadar hutang kepada KDNK di bawah paras 41.9 peratus.
Pada paras di antara 42.0 peratus sehingga 54.7 peratus, ekonomi masih bertumbuh tetapi dengan kadar yang lebih perlahan. Sebaliknya jika kadar hutang melebihi paras 54.7 peratus, maka ia berpotensi memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Hubung…

5 Fakta Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Imej
Google adalah sebuah syarikat yang sedang berevolusi dan sentiasa berevolusi. Mereka berevolusi untuk menjadi lebih baik dan ianya merujuk kepada lebih besar dan berkuasa.Bercerita pula tentang syarikat multinasional yang mempunyai perkhidmatan berkaitan internet yang terbesar di dunia ini, pasti ada di antara anda yang sering membaca mengenai fakta-fakta menarik syarikat terbabit.Persoalannya, masih ada lagikah fakta yang tidak diketahui oleh anda? Di dalam entri ini, kami akan membawakan kepada 5 fakta mengenai Google yang anda mungkin tidak tahu. 1. Google Maps membuat perkiraan trafik menerusi peranti anda.
Tahukah anda bagaimana Google Maps berfungsi? Data setiap pengguna android digunakan bagi membantu Google membuat perkiraan tentang keadaan trafik jalan berdasarkan kepada berapa laju peranti android bergerak. Pasti anda semua tidak menyangka tentang perjalanan trafik yang ditunjukkan di dalam Google Map adalah paparan masa sebenar (real time) yang menunjukkan data bag…

Lebih sejuta pelanggan dilapor tinggalkan MAXIS

Imej
PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suk…

7 syarikat penerbangan tubuh persatuan

Imej
TUJUH syarikat penerbangan Malaysia bergabung tenaga menubuhkan Persatuan Syarikat Penerbangan Udara (AMAC).

Tertakluk kepada kelulusan lembaga pengarah masing-masing dan Pendaftar Persatuan, syarikat pengasas persatuan ini terdiri daripada Malaysia Airlines Bhd, MASwings, Firefly, AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd, Malindo Air dan Berjaya Air.

Persatuan itu terbuka kepada semua syarikat penerbangan udara di Malaysia.

Tujuan penubuhan AMAC bermatlamat menyediakan platform bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan industri itu,kata Malaysia Airlines dan AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi perwakilan setiap operator utama, persatuan itu akan memastikan satu suara dalam industri penerbangan dan pada masa yang sama mewakili kepentingan industri yang seragam dalam kalangan institusi seperti Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

AMAC akan melibatkan diri dalam isu seperti meningkatkan perkhidmatan kawalan udar…

Budak Malaysia miliki IQ melebihi Stephen Hawking

Imej
PERTH - AUSTRALIA. Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia dinobatkan sebagai kanak-kanak paling pintar di Australia oleh pertubuhan IQ tinggi, Mensa malah tahap IQ yang dimilikinya juga melebihi saintis genius, Stephan Hawking.

Remaja yang kini tinggal di Perth, Sharvin Jeyendra berjaya mendapat skor IQ markah 168, lapan mata lebih tinggi dari saitis terkemuka itu.

Pelajar Sacred Heart College yang juga mempunyai bakat bermain piano dilahirkan pintar dan keluarganya tidak pernah memberi tekanan kepadanya dalam bidang akademik.

Ibu bapanya yang merupakan peguam melihat anak mereka sebagai seorang yang genius sejak kecil lagi malah dia mula berjalan dan bercakap ketika usianya sembilan bulan.

"Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal yang berusia dua atau tiga tahun dengan ayat serta tatabahasa yang betul," kata ibunya Deva.

"Kami sentiasa memberi galakan kepadanya dan saya fikir ibu bapa perlu melakukan ini kerana otak kanak-kanak seperti span dan bol…

Akaun FB palsu: Datuk Vida buat laporan polis

Imej
IPOH – Jutawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida mengemukakan laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu Facebook dan pautan lucah membabitkan dirinya, di Balai Polis Jelapang, di sini, hari ini.

Beliau tiba di balai polis berkenaan pada jam 3.30 petang dan selesai membuat laporan kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya, perkara itu disedari pada 13 April lalu ketika beliau sedang melayari akaun Facebook melalui telefon bimbitnya pada jam 1 pagi dirumahnya di sini.

“Sebelum ini saya telah melihat beberapa akaun Facebook palsu yang menggunakan nama saya antaranya Dato Seri Vida, DSV Dato Seri Vida dan DS Dato Seri Vida LV Channel.

“Mereka turut mengemaskini status seolah-seolah saya pemilik akaun Facebook itu dengan memberi harapan kepada pengikut saya dengan menawarkan untuk memberikan barangan mewah seperti beg tangan berjenama dan barangan lain.

“Pada mulanya saya ingat perkara itu adalah sekadar main-main atau gurau…

Rosyam Nor akui tidak pandai mengaji

Imej
KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui beliau tidak pandai mengaji sehingga usianya 45 tahun.
Beliau turut mengaku hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah.

“Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan ALLAH SWT,” katanya pada perkongsian majlis #organisasingaji Ke Arah Kukuhkan Organisasi Dengan al-Quran di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, semalam.

Berkongsi ceritanya, Rosyam berkata, beliau telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya, beliau menyedari bahawa beliau tidak pandai mengaji.

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji.
“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak be…

Cendol durian: Sedap dan menyelerakan

Imej
RAJA segala buah-buahan, durian sememangnya menjadi kegemaran sesiapa sahaja sama ada dimakan begitu sahaja atau dimasak bersama bahan lain.
Cendol durian adalah menu baharu menjadi viral sejak sebulan lalu mendapat sambutan menggalakkan.

Pemilik kedai Rojak Cendol Shah Alam, Mohd Hafez Hamid, 37, sejak berniaga, ‘cendol moden’ menjadi pilihan ramai sehingga memberikan inspirasi kepadanya untuk menambah menu baharu.
"Saya memperkenalkan cendol durian dan terkejut kerana menu tersebut mendapat sambutan menggalakkan. Cendol durian ternyata lain daripada cendol biasa. Cendol durian menjadi buruan ramai kerana ia sedap dan menyelerakan terutamanya pada waktu panas," katanya.

Tambah kuantiti durian

Mengakui stok durian agak sukar ditemui kerana belum musimnya lagi, Mohd Hafez optimis dapat memenuhi permintaan menu itu yang meningkat setiap hari.
Dia memilih durian tertentu sahaja iaitu Musang King kerana isinya lebih banyak dan biji kecil berbanding durian …

Dr Zakir Naik : Tangkis propaganda barat

Imej
KUALA TERENGGANU – Media Islam perlu memainkan peranan dalam menangkis propaganda yang dicetuskan pihak barat sekali gus berperanan dalam membangunkan minda ummah.
Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata, peranan besar dimainkan media Islam berupaya menangkis gambaran salah yang digembar-gemburkan pihak barat terhadap Islam.

“Menerusi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan media Islam, pandangan umum mengenai sesuatu isu dan peristiwa yang dikaitkan dengan Islam berupaya dibentuk sekali gus memberi gambaran sebenar agama suci ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi tazkirah sempena Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat negeri, pengarah-pengarah jabatan dan agensi serta pengamal media.

Dr Zakir yang juga Pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation (IRF) berkata, atas kesedaran terhadap ancaman propaganda barat, pihaknya telah menu…

Jasad Tak Membusuk, Karomahkah?

Imej
KIBLAT.NET – Autopsi jenazah Siyono korban Densus 88 yang dilakukan oleh tim dokter forensik Muhammadiyah menarik pemberitaan media massa pada Ahad (03/04) kemarin. Sebagaimana banyak diberitakan, jasad Siyono diketahui masih utuh dan tidak membusuk. Saat menangani jasad Siyono, para dokter pun tidak menggunakan masker karena memang tidak menimbulkan bau busuk.

Dari peristiwa di atas, muncullah berbagai pertanyaan, apakah jasad orang yang shalih atau mati syahid itu benar-benar masih utuh dan tidak dimakan tanah?

Dalam hal ini kami telah bertanya kepada 2 orang dokter yang kami kenal. Keduanya sama-sama mengatakan bahwa kondisi jenazah yang masih normal dan tidak berbau setelah 20 hari pemakaman itu tidak lazim. Salah seorang dokter yang kami hubungi mengatakan bahwa menurut ilmu forensik, jasad setelah 3-5 hari akan mulai melembek. Adapun setelah sepekan, jasad mulai mengalami proses penghancuran. Dokter yang lainnya menambahkan bahwa proses pembusukan oleh tanah adal…

Wang lesap ditipu 'Datuk'

Imej
SUNGAI BESAR – Seramai 16 penduduk di Parit 16 Sungai Panjang mendakwa kerugian antara RM600 hingga RM1,500 selepas ditipu pihak kontraktor yang kononnya dijanjikan peluang perniagaan di bengkel industri kecil dan sederhana (IKS) Merbau Berdarah, sejak lebih setahun lalu.

Penduduk memberitahu, pihak kontraktor meminta mereka menyediakan wang pendahuluan untuk membaik pulih premis dan memasang pendawaian elektrik di bangunan bekas pusat latihan GiatMara Sabak Bernam yang terbiar sejak sekian lama.

Bagaimanapun, sehingga kini, kontraktor yang diketuai seorang bergelar ‘Datuk’ bersama seorang wanita menghilangkan diri selepas menerima wang bayaran tapak ekspo yang berlangsung di hadapan premis terbabit.

Malah, lebih mengecewakan, seramai 15 pekerja pentadbiran termasuk pengawal keselamatan dan tukang kebun yang diambil bekerja dengan kontraktor itu turut tidak dibayar gaji selepas berkhidmat selama sebulan dengan pihak terbabit.

Gotong-royong bersih premis

Penduduk…

Malaysia jatuh ke kedudukan ranking terendah Fifa

Imej
SKUAD Harimau Malaysia jatuh ke posisi terendah dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila menghuni kedudukan ke-174 menerusi ranking terbaharu yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, sebelum naik lima anak tangga ke kedudukan ke-166 dunia pada Mac.

Kejatuhan mendadak ranking skuad kebangsaan itu berikutan kekalahan 0-2 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di tempat lawan, 24 Mac lepas.

Selain itu, keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-190 dunia, Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 28 Mac lepas, turut menjadi faktor kemerosotan ranking skuad kebangsaan.
Kedudukan terbaharu itu meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak yang lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal yang berada di kedudukan ke-1…

Kirim duit melalui potongan gaji

Imej
METRO Money Exchange Sdn Bhd menyasarkan seramai 200,000 hingga 250,000 pekerja asing akan menggunakan perkhidmatan sistem pengiriman wang melalui potongan gaji bagi fasa pertama dijangka bermula pertengahan tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nik Mod Amin Nik Abd Majid berkata, bagi peringkat permulaan, syarikat menyasarkan penglibatan dua sektor utama negara iaitu sektor perkilangan dan pertanian kerana mempunyai jumlah pekerja asing terbanyak.

"Selepas itu, kami akan meluaskan perkhidmatan kepada sektor lain," katanya selepas pelancaran sistem pengiriman wang melalui potongan gaji di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, sistem pengiriman wang melalui proses pemotongan gaji itu dipersetujui pekerja asing untuk ditolak dan dikirim kepada waris di negara masing-masing.

Katanya, kerjasama dan penglibatan luas antara syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting untuk memberi pendedahan kepada pekerja asing menggunakan khidmat ini.

Rumah di bawah RM100,000 dengan deposit RM1

Imej
RAKYAT Johor berpeluang untuk memiliki rumah bernilai di bawah RM100,000 seunit yang dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim dengan pembayaran deposit serendah RM1.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata bank itu memperuntukkan sebanyak RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

"Pembeli hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. - Bernama

Setahun GST: Geng oren 'serang' KL

Imej
KUALA LUMPUR - Hampir 200 orang memakai baju berwarna oren 'menyerang' Kompleks Sogo, di ibu negara bagi menyertai Himpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.

Menurut penganjur Mohd Rayme Rahman, kumpulan itu daripada ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan datang dari seluruh Malaysia.

"Ada yang datang dari Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain," katanya kepada pemberita hari ini.

Kedatangan mereka diketuai oleh Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan disertai oleh beberapa pemimpin kanan Amanah yang lain.

Kredit : Sinar Harian Online

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri