Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 24 Mac 2016

Mas B-22 benam Filipina 4-1

  Mas B-22 benam Filipina 4-1

SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) Filipina nyata bukan saingan Skuad B-22 Kebangsaan apabila dibenam empat gol berbalas satu dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Bermain selaku tuan rumah, anak buah Frank Bernhardt nyata tidak mensia-siakan kesempatan diperoleh apabila dilihat melancarkan asakan bertali arus sejak tiupan wisel permulaan.

Nur Syamie Iszuan Amin yang bermain di bahagian sayap kanan cukup lincah dan rajin membuat larian mengelirukan ke dalam kotak penalti untuk melakukan umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan.

Malaysia B-22 akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-18 menerusi rembatan leret Muhammad Arif Farhan Md Isa yang menewaskan penjaga gol lawan di bahagian near post sebelah kanan.

Berselang 11 minit kemudian, S Kumaahran meletakkan Malaysia B-22 lebih selesa di depan apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Nur Syamie Iszuan Amin dari sebelah kanan.
Pasukan B-22 negara memiliki deretan peluang sepanjang perlawanan, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk mereka mencetak lebih banyak gol terhadap lawan.

N Thanabalan yang masuk menggantikan Nur Syamie Iszuan Amin, menambah jaringan untuk tuan rumah menerusi tandukan berpunca daripada sepakan percuma Mohammad Farhan Roslan pada minit ke-64.

Malaysia B-22 menambah derita pasukan pelawat apabila mencetak gol keempat, hasil sepakan penalti Mohammad Farhan Roslan yang cukup tenang melakukan tolakan ke sebelah kanan gawang untuk memperdaya penjaga gol.

Walaupun menguasai permainan, Filipina B-22 tetap berjaya memperoleh gol saguhati juga daripada sepakan penalti yang disempurnakan oleh John Christopher Kanayama tatkala masa sebenar berbaki lebih kurang 18 minit untuk ditamatkan.

Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular