Robert Kuok kekal individu paling kaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokTan Sri Robert KuokTan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion.
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menrusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

 Tan Sri Ananda Krishnan Tan Sri Ananda KrishnanOperator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menyuncup kepada US$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas aset bersih beliau bernilai AS$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.
Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada AS$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.

Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan AS$975 juta.

Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak AS$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai AS$1.1 bilion, menyertai senarai baharu 'billionaire', meningkat berbanding AS$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia :
1) Robert Kuok AS$10 bilion
2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion
3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion
4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion
5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion
6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion
7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion
8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion
9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion
10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion

Kredit : http://www.malaysiadateline.com

Ulasan

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Catatan popular daripada blog ini

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri