Hampir setengah juga pengiklan mudah.com disenarai hitam

 Hampir setengah juga pengiklan mudah.com disenarai hitam

KUALA LUMPUR - Hampir setengah juta pengiklan yang menggunakan portal web mudah.com untuk menjual barangan telah disenarai hitam sejak tahun 2012 akibat penipuan dan penyalahgunaan laman tersebut.

Ketua Perhubungan Korporat mudah.com, Chung Tsung Shen berkata, bukan sahaja penjual menipu, malah pembeli juga ada yang berbuat demikian, terutama dalam kes penjualan kenderaan dan barangan elektronik.

"Cara pembeli menipu penjual ialah dengan memalsukan resit pembayaran, manakala penjual pula menipu dengan menggunakan nama syarikat orang lain ketika menjualkan barangan yang tidak wujud," katanya pada sidang media bersama parti Gerakan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak mudah.com beroperasi pada November 2007, laman web itu telah mengambil tindakan untuk menyekat akaun penjual atau pengiklan yang dikesan menipu pengguna.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Gerakan, Datuk Lau Hoi Keong menasihati orang ramai supaya bijak menilai dalam membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan melalui laman web bagi mengelak sebarang penipuan.

"Sekarang ini banyak kemudahan urusan jual beli melalui internet yang disediakan, jangan cepat terpengaruh dan terpedaya. Pastikan memeriksa dan meneliti dahulu barang yang hendak dibeli agar tidak mudah tertipu," katanya.

Yang turut hadir ialah Bendahari Kehormat Persatuan Penjual Kereta Terpakai Kuala Lumpur dan Selangor, John Lee.

Sidang media itu diadakan bertujuan menjelaskan kes penipuan penjualan kenderaan yang dilaporkan di laman web tersebut pada 11 Februari lalu yang mendakwa dijual oleh sebuah syarikat penjualan kereta terpakai di bawah Persatuan Penjual Kereta Terpakai Kuala Lumpur dan Selangor.

"Syarikat penjualan kereta terpakai tersebut telah membuat satu laporan polis berhubung penipuan jualan kereta yang menggunakan nama syarikatnya dim laman web portal mudah.com.
"Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.  - Bernama


Ulasan

Catatan Paling Popular

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri