Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 18 Februari 2016

Gol luar biasa Faiz Subri mungkin bawa tuah

  Faiz Subri

SEPAKAN lencong luar biasa pemain Pulau Pinang Mohd Faiz Subri ketika menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super malam tadi, mungkin membawa lebih tuah kepada beliau dan pasukannya.

Hari ini, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengumumkan pada satu sidang media khas di sini, untuk melelong jersi lengkap dengan stoking serta kasut bola dipakai Mohd Faiz pada perlawanan menentang Pahang itu, dengan membuka tawaran bidaan RM100,000 di laman sosial untuk mengumpul dana bagi pembangunan bola sepak remaja Pulau Pinang.

Mohd Faiz sendiri tidak menyangka video aksinya membuat sepakan percuma dan masuk ke gawang gol lawan itu, menjadi viral sehingga mendapat perhatian dunia.

Mengulas mengenai sepakan percuma yang kini mendapat perhatian dunia pada sidang akhbar itu, pemain berusia 28 tahun itu menyifatkan gol hasil sepakan percuma yang cukup cantik itu sebagai satu rezeki.

Laporan portal berita The Independent di United Kingdom menyebut bahawa aksi Mohd Faiz itu membolehkan beliau berpeluang memenangi Anugerah Fifa Puskas 2016 sebagai jaringan gol tercantik tahun ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gol Faiz dapat perhatian dunia]

Mohd Faiz berkata beliau melakukan sekurang-kurangnya 10 kali sepakan percuma setiap kali mengadakan latihan rutin.

Mohd Faiz berkata setiap kali latihan, beliau pernah melakukan sepakan  seumpama itu.
"Semasa latihan (sepakan percuma) itu, kadang-kala menjadi, kadang-kala tidak jadi....malam tadi menjadi," katanya.  

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir dan ketua jurulatih Pulau Pinang Jacksen F. Tiago.

"Saya memang sasarkan dalam gol. Dalam pasukan Pulau Pinang, bukan saya seorang sahaja boleh ambil sepakan percuma, ramai lagi yang berbakat...mungkin orang lain pula akan jadi macam saya," kata Mohd Faiz.

Beliau yang menyertai pasukan Harimau Kumbang tahun lepas, menyasarkan untuk menjaringkan lebih banyak gol tahun ini, berbanding 13 gol yang dijaringkan sepanjang tahun lepas, dengan empat daripadanya hasil sepakan percuma.

Ditanya mengenai sepakan percuma itu yang menyamai gol jaringan pemain Brazil Roberto Carlos, Mohd Faiz berkata masih jauh untuk membandingkannya dengan pemain legenda dunia itu.

Mengenai kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah Fifa Puskas 2016, Mohd Faiz berkata: "Kalau ada Alhamdulillah".
 
Antara yang pernah memenangi Anugerah Fifa Puskas ialah Zlatan Ibrahmovic (2013), Neymar (2011) dan Cristiano Ronaldo (2009). - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular