Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 26 Februari 2016

Bimbang dikejar pelabur, wakil syarikat lapor polis


Seorang lelaki 52 tahun yang bertindak sebagai wakil syarikat mengutip deposit di Kelantan membuat laporan polis di Besut setelah pengasas syarikat berkenaan didakwa gagal membayar bonus dan membawa lari wang pendeposit untuk bulan ini.

Lelaki yang enggan dikenali itu membuat laporan di Balai Polis Jerteh di sini kerana bimbang keselamatannya setelah 1,000 pendeposit dikatakan tidak menerima bonus seperti dijanjikan pada bulan ini daripada syarikat berkenaan.

Katanya beliau dilantik pengasas syarikat itu sebagai pengurus kumpulan bagi daerah Besut selepas berjaya mengutip RM245,000 daripada pendeposit sekitar daerah itu dalam masa sebulan.
Kegiatan itu bermula sejak Jun tahun lalu dan ia mendapat sambutan hingga membabitkn kutipan deposit berjuta-juta ringgit daripada pendeposit setiap bulan.

Difahamkan segala kegiatan termasuk mesyuarat dan pembayaran bonus diadakan di Kota Bahru dan mangsa dikatakan menyerahkan kutipan wang daripada pendeposit di Besut sebanyak tiga kali sebulan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah mengesahkan menerima laporan lelaki itu untuk tindakan selanjutnya.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular