Sup 'denggi' kini semakin laris

 Sup denggi kini semakin laris

KUALA TERENGGANU – Sup ketam nipah yang juga digelar sup denggi oleh penduduk tempatan kini semakin mendapat permintaan yang amat luar biasa dalam kalangan pelanggan disebabkan peningkatan wabak denggi di negeri Terengganu.

Pekerja Restoran Aqua Seafood, Ahmad Farhan Kamaruddin, 17, berkata, menu sup ketam nipah yang digelar sup denggi mendapat permintaan luar biasa bagi mengubati individu yang menghidapi demam denggi.

Katanya, seekor ketam nipah dijual pada harga RM18 bergantung pada saiz dan berat.
“Biasa dalam jam 9 hingga 10 malam baru habis, tetapi semalam ketam nipah paling laris malah sejak kedai beroperasi jam 5 petang, belum jam 7 malam ia habis dijual.

“Paling banyak dalam sehari 50 ekor ketam nipah habis dibeli pelanggan yang kebanyakannya memberitahu ingin mengubat penyakit demam denggi,” katanya.

Ketam nipah tak cukup

Sambutan luar biasa dengan tempahan yang tinggi setiap hari menyebabkan kebanyakan pencari ketam nipah meluahkan rasa gusar kerana haiwan eksotik itu agak berkurangan kebelakangan ini.
Penangkap ketam nipah, Abdullah Hamzah, 63, dari Kampung Laut berkata, ketam yang boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi ini kini agak berkurangan dan ia menjadi kesulitan bagi nelayan sepertinya untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Kalau sebelum ini memang agak banyak malah dalam sehari boleh dapat sehingga lima kilogram ketam nipah, kini nak dapatkan sekilogram pun agak susah malah terpaksa meletakkan had pembelian bagi setiap pelanggan.

“Kini kita memang tumpu kepada permintaan pelanggan yang ingin membeli ketam nipah bagi tujuan mengubati penyakit demam denggi. Permintaan daripada pelanggan lain ada, tetapi kita memikirkan mereka yang lebih memerlukan.

“Hari ini (semalam) sahaja pun saya menerima tempahan 10 orang pelanggan tetapi belum dapat memenuhi kesemuanya kerana hanya dapat beberapa ekor sahaja,” katanya.

Tangkap ketam kecil

Menurut Abdullah, jika sewaktu musim ketam banyak, anak ketam nipah bersaiz kecil tidak ditangkap, kini anak ketam bersaiz kecil pun akan ditangkap bagi tujuan mengubat demam denggi.
“Kalau sebelum ini kita hanya tangkap ketam bersaiz besar bagi memastikan ketam-ketam ini akan terus membiak dengan banyak di habitatnya, kini kita juga tangkap ketam-ketam kecil bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan.

“Sekarang, paling banyak pun dapat sehingga dua kg sehari, ada juga hari-hari yang pulang dengan tangan kosong dan hanya bawa balik dua, tiga ekor ketam sahaja,” katanya.
Selain faktor penerokaan habitat haiwan ini, faktor air sungai turut memainkan peranan terhadap jumlah ketam yang ditangkap kerana kebanyakan ketam tidak muncul ketika musim ini tambahan pula ketika air pasang.

“Biasanya ketam ini akan mudah didapati selepas musim tengkujuh iaitu pada bulan April, Mei dan Jun. Waktu ini memang ketam ini banyak dan pelanggan pun akan berpuas hati.
“Buat masa sekarang, kalau bawak balik ketam dalam sekilogram dan jual sekitar jam 8.30 pagi, sebelum jam 10 pagi ia telah habis dibeli, jadi, pelanggan yang datang lewat sedikit akan terlepas,” katanya.

Harga makin tinggi

Abdullah yang telah 40 tahun berkecimpung sepenuh masa sebagai penangkap ketam nipah berkata, ketam ini kini dijual pada harga tinggi malah berdasarkan harga di pasaran ia mampu mencecah RM65 sekilogram.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjual pada harga RM35 hingga RM40 sekilogram bergantung pada saiz ketam nipah itu.

“Kalau dahulu, ketika ketam ini mudah didapati, ia hanya dijual RM0.70 sen sekati (mengikut timbangan ketika itu). Kini harga memang melambung tinggi kerana permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam tempoh setahun dua ini setelah ramai yang mengetahui khasiatnya yang mujarab bagi mengubati demam denggi.

“Pernah juga ada pelanggan dari Kuantan dan Kuala Lumpur yang datang mencari ketam ini bagi tujuan mengubat demam denggi, jika ada ketam kira rezeki mereka, jika sudah habis, terpaksa mereka dapatkan di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pencari ketam nipah, Ngah@Awi Yusof, 62, dari Kampung Belukar Jambu berkata, permintaan tinggi terhadap ketam nipah kini menyebabkan dia tidak senang duduk kerana mendapat sehingga 15 tempahan setiap hari.

“Saya hanya jual ketam nipah di rumah, dalam sehari boleh dapat 1 hingga 2 kilogram. Biasa akan cari ketam pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dan akan pulang setelah mendapat hasil tangkapan.
“Memang kini ketam nipah amat diperlukan bagi tujuan mengubat demam denggi, jadi, kita akan maklumkan pada pelanggan yang telah tempah sekiranya ketam telah ada dan mereka akan datang untuk ambil di rumah,” katanya yang telah masuk tahun keenam menjadi pencari ketam nipah.

Seorang lagi penangkap sambilan ketam nipah, Aizul Aziz, 36, berkata, dia hanya mencari ketam nipah pada waktu lapang dan menjual di kedai rakannya pada harga RM28 sekilogram.

Katanya, walaupun dia tahu harga di pasaran tinggi, dia tidak mahu menjual ketam itu pada harga yang tinggi kerana memikirkan pelanggan yang memerlukan ketam nipah bagi tujuan pengubatan.
“Saya biasanya akan cari ketam nipah jika saya ada masa lapang. Setakat ini paling banyak pun dapat dalam lima hingga enam ekor sehari, ada masa-masa pulang dengan tangan kosong.

"Bergantung pada keadaan kerana musim ketam nipah belum sampai lagi, jadi, agak sukar dapatkannya,” katanya.

Sinar Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri