Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 29 Januari 2016

Dipenjara 4 tahun kerana sokong IS

 Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai kek dijatuhi hukuman penjara empat tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memerintahkan tertuduh Mohammad Na'im Abd Rashid, 28, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.
Ab Karim berkata selain mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti IS.

"Negara kita telah meletakkan hukuman yang serius kepada mana-mana individu yang terlibat dengan keganasan, tindakan akhir keganasan ini adalah melibatkan nyawa," katanya.
Mohammad Na'im didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan IS iaitu berada di negara Syria untuk manfaat kepada kumpulan itu dengan cara memasuki Syria melalui penerbangan pesawat Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Syria melalui Istanbul, Turki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen, Balai Perlepasan Antarabangsa, KLIA, Sepang pada 28 Disember 2013 hingga 7 April 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda atau boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, pada 28 Disember 2013, tertuduh telah berlepas daripada KLIA ke Istanbul, Turki, dengan menaiki penerbangan Qatar Airways, untuk memasuki Syria melalui Turki, berada di sana bagi menganggotai kumpulan IS.

Ketika berada di sana tertuduh telah berbai'ah bersama para mujahiddin, tinggal di sebuah banglo dan tertuduh juga dibekalkan dengan senjata jenis AK-47.

Tertuduh juga telah menjalani latihan ketenteraan selama seminggu tetapi tidak melepaskan tembakan kepada mana-mana orang sepanjang berada di sana dan dia telah kembali ke Malaysia pada 7 April 2014 menggunakan penerbangan MAS melalui KLIA, dan telah menceritakan pengalamannya di Syria kepada keluarga dan rakannya.

Pada 13 Oktober 2014, antara pukul 9.30 malam hingga 10.50 malam, tertuduh telah ditangkap ketika menghadiri perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd dengan beberapa individu lain dan menceritakan pengalamannya ketika menganggotai kumpulan IS sepanjang berada di Syria.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mustaffa P. Kunyalam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal serta memberi pengajaran memandangkan tertuduh pernah berada di Syria dan sempat menjalani latihan ketenteraan bersama-sama dengan kumpulan IS.

Peguam Mohamad Yusoff Abdul Kadir berkata, ini adalah kesalahan pertama anak guamnya yang telah berumah tangga dan mempunyai anak berusia 10 bulan, dan dia masih mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang normal sekiranya mendapat hukuman yang ringan.

Di mahkamah berasingan, seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi  selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan IS dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh Muhammad Na'eem Apandi, 26, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.

Dalam keputusannya, beliau berkata memberi sokongan kepada kumpulan IS bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi ia juga merupakan kesalahan yang serius dan perlu dielakkan.
"Sebarang bentuk pergolakan yang berlaku di negara luar tidak seharusnya berlaku di negara sendiri.

Pencegahan adalah lebih penting untuk mengelak perkara negatif daripada berlaku, kita perlu kepada kehidupan yang aman dan selamat, menjaga keamanan negara bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga juga," katanya.

Tertuduh didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan IS dengan cara membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk  memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan IS itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zikron E7/E, Seksyen 7, Shah Alam pada 10.50 malam, 13 Oktober 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama, membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berminat tentang perkembangan di Syria, mula membuat kajian secara dalam talian dan pada September 2014, tertuduh telah menghadiri satu perjumpaan untuk mengetahui perkembangan di Syria dan telah menerima wang sebanyak RM5,000 daripada Nazhatulshima Sahak untuk pembelian tiket penerbangan ke Istanbul, Turki.

Pada awal Oktober 2014, tertuduh bersama dengan beberapa individu lain berbincang perancangan apabila sampai di Istanbul dan beberapa anggota IS yang
boleh dihubungi bagi menerima arahan lanjut dan dia kemudiannya ditangkap bersama-sama beberapa individu semasa mengadakan perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan memohon mahkamah agar memberikan hukuman setimpal yang berbentuk pengajaran dan bersifat pencegahan manakala peguam Ravin Jay berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia telah insaf  dengan perbuatannya itu kerana telah memberi kesan terhadap keluarga.

Sumber sinar harian online

2 ulasan:

  1. Malaysia diancam azab Allah.
    Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan setiap umat Islam berjihad menegakkan kalimahNya.
    Isu GST, G25, dan TPPA juga turut ditegur Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.
    Baca setiap entry jika kalian benar-benar beriman kepada Allah.
    Ini bukan main-main.
    Sebarkan.

    Blog :
    http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my/

    Facebook Page:
    https://www.facebook.com/Pendaki-Mahligai-Makrifat-1235177323165323/

    BalasPadam
  2. Malaysia diancam azab Allah.
    Allah sudah menurunkan perintah Jihad Fisabilillah di Malaysia dan mewajibkan setiap umat Islam berjihad menegakkan kalimahNya.
    Isu GST, G25, dan TPPA juga turut ditegur Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.
    Baca setiap entry jika kalian benar-benar beriman kepada Allah.
    Ini bukan main-main.
    Sebarkan.

    Blog :
    http://pendakimahligaimakrifat.blogspot.my/

    Facebook Page:
    https://www.facebook.com/Pendaki-Mahligai-Makrifat-1235177323165323/

    BalasPadam

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular