Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Jumaat, 22 Januari 2016

'Awan merah' hanya boleh dilihat di Kelantan

 'Awan merah' hanya boleh dilihat di Kelantan

KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Kota Bharu dan beberapa daerah di Kelantan disajikan dengan pemandangan awan indah disinari cahaya matahari senja antara jam 6 hingga 7.30 petang, petang semalam.

Rata-rata penduduk yang sempat menyaksikan kejadian awan berwarna jingga, ungu, merah, biru dan putih itu tidak melepaskan peluang merakam gambar dan dimuat naik di laman-laman sosial untuk dikongsi bersama.

Antaranya, pengguna Facebook, Wan Mohd Zaini Wan Johan, 31, memuat naik sembilan gambar keindahan semula jadi yang dapat disaksikan dari rumahnya di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini.

Dia memuat naik gambar berkenaan dengan kata-kata, “sungguh hebat ciptaan Mu Ya ALLAH. Senja yang mendamaikan” yang turut mendapat puluhan likes, komen dan ratusan perkongsian.
Sementara itu, seorang pengguna Instagram dengan nama samaran, Wolfgang Grimmer turut memuat naik sekeping gambar selfie awan berkenaan dengan kata-kata, “langit marah”.

Gambar selfie itu turut mendapat komen seorang daripada kenalannya dengan kata-kata, “orang tua-tua pesan, kalau kabut dah merah masuk dlm rumah, jangan main kat luar, setan tengah banyak”.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata, kejadian awan indah tersebut terbentuk secara kebetulan apabila bertembung dengan cahaya matahari yang sedang terbenam pada waktu senja.

“Susah nak komen ni, tapi pada waktu-waktu senja biasanya pemandangannya memang indah. Cuma, semalam, kebetulan awan terbentuk cantik dan bertembung pula dengan pantulan cahaya matahari yang mengeluarkan lebih banyak spektrum merah pada waktu lewat petang.

“Benar, keindahan seperti ini bukan hari-hari berlaku, tetapi bukan juga sesuatu yang pelik. Setakat mengagumi keindahan alam ciptaan Allah itu boleh dan jangan pula dikaitkan dengan perkara-perkara pelik seperti dakwaan kerana El-Nino sebab kejadian ini tiada kaitan dengan El-Nino,” katanya.

Katanya, kejadian itu juga dikatakan hanya boleh dilihat mereka yang berada di sesetengah lokasi di Kelantan dan tidak di negeri lain.

Sinar Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular