LINE PREPIAD YANG MEMBAYAR

DAFTAR SEKARANG untuk jd agen TONE EXCEL, Komisen top up 10%-13% selagi mereka menggunakan line TuneTalk (pasif income).

TAHUKAH ANDA??

Dengan handphone boleh menjana wang yang banyak setiap bulan.

BACA BLOG PUN BOLEH KAYA

Bisnes paling senang dan mudah.

Blog Popular No2 DiGoogle

Berusaha selagi belum dapat.

YANG NI PUN BEST JUGA

Selagi ada usaha ianya pasti.

Ahad, 31 Januari 2016

RON95 turun 10 sen; RON97, 20 sen; diesel 25 sen

minyak

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz.

"Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60. - Bernama

Sabtu, 30 Januari 2016

Guru maut disambar petir, dua rakan pengsan

Petir

SHAH ALAM - Seorang guru berusia 32 tahun maut setelah disambar petir dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Seksyen 11 di Shah Alam,‎ petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata guru itu dikenal pasti Mohd Farhan Masudi dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Tanjong Karang.

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa dalam keadaan basah disebabkan hujan lebat dikatakan berteduh bersama-sama lima guru lain di hadapan pintu logam masuk dewan sekolah selepas menjalani aktiviti di padang sekolah. 

"Tiba-tiba berlaku petir menyebabkan mangsa yang bersandar pada pintu  tersebut rebah dan mengalami cedera parah dari bahagian dada ke kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Shah Alam.  
"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.   

Katanya, dua rakan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang cuba  membantu mangsa turut terkena renjatan dan pengsan di tempat kejadian dan kini dilaporkan stabil.   

Shafien berkata, kesemua mangsa berada di sekolah berkenaan bagi menghadiri kursus kejurulatihan bola sepak yang turut disertai 40 guru dari seluruh Selangor.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

Jumaat, 29 Januari 2016

Dipenjara 4 tahun kerana sokong IS

 Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai kek dijatuhi hukuman penjara empat tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memerintahkan tertuduh Mohammad Na'im Abd Rashid, 28, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.
Ab Karim berkata selain mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti IS.

"Negara kita telah meletakkan hukuman yang serius kepada mana-mana individu yang terlibat dengan keganasan, tindakan akhir keganasan ini adalah melibatkan nyawa," katanya.
Mohammad Na'im didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan IS iaitu berada di negara Syria untuk manfaat kepada kumpulan itu dengan cara memasuki Syria melalui penerbangan pesawat Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Syria melalui Istanbul, Turki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen, Balai Perlepasan Antarabangsa, KLIA, Sepang pada 28 Disember 2013 hingga 7 April 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda atau boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, pada 28 Disember 2013, tertuduh telah berlepas daripada KLIA ke Istanbul, Turki, dengan menaiki penerbangan Qatar Airways, untuk memasuki Syria melalui Turki, berada di sana bagi menganggotai kumpulan IS.

Ketika berada di sana tertuduh telah berbai'ah bersama para mujahiddin, tinggal di sebuah banglo dan tertuduh juga dibekalkan dengan senjata jenis AK-47.

Tertuduh juga telah menjalani latihan ketenteraan selama seminggu tetapi tidak melepaskan tembakan kepada mana-mana orang sepanjang berada di sana dan dia telah kembali ke Malaysia pada 7 April 2014 menggunakan penerbangan MAS melalui KLIA, dan telah menceritakan pengalamannya di Syria kepada keluarga dan rakannya.

Pada 13 Oktober 2014, antara pukul 9.30 malam hingga 10.50 malam, tertuduh telah ditangkap ketika menghadiri perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd dengan beberapa individu lain dan menceritakan pengalamannya ketika menganggotai kumpulan IS sepanjang berada di Syria.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mustaffa P. Kunyalam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal serta memberi pengajaran memandangkan tertuduh pernah berada di Syria dan sempat menjalani latihan ketenteraan bersama-sama dengan kumpulan IS.

Peguam Mohamad Yusoff Abdul Kadir berkata, ini adalah kesalahan pertama anak guamnya yang telah berumah tangga dan mempunyai anak berusia 10 bulan, dan dia masih mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang normal sekiranya mendapat hukuman yang ringan.

Di mahkamah berasingan, seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi  selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan IS dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh Muhammad Na'eem Apandi, 26, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.

Dalam keputusannya, beliau berkata memberi sokongan kepada kumpulan IS bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi ia juga merupakan kesalahan yang serius dan perlu dielakkan.
"Sebarang bentuk pergolakan yang berlaku di negara luar tidak seharusnya berlaku di negara sendiri.

Pencegahan adalah lebih penting untuk mengelak perkara negatif daripada berlaku, kita perlu kepada kehidupan yang aman dan selamat, menjaga keamanan negara bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga juga," katanya.

Tertuduh didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan IS dengan cara membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk  memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan IS itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zikron E7/E, Seksyen 7, Shah Alam pada 10.50 malam, 13 Oktober 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama, membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berminat tentang perkembangan di Syria, mula membuat kajian secara dalam talian dan pada September 2014, tertuduh telah menghadiri satu perjumpaan untuk mengetahui perkembangan di Syria dan telah menerima wang sebanyak RM5,000 daripada Nazhatulshima Sahak untuk pembelian tiket penerbangan ke Istanbul, Turki.

Pada awal Oktober 2014, tertuduh bersama dengan beberapa individu lain berbincang perancangan apabila sampai di Istanbul dan beberapa anggota IS yang
boleh dihubungi bagi menerima arahan lanjut dan dia kemudiannya ditangkap bersama-sama beberapa individu semasa mengadakan perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan memohon mahkamah agar memberikan hukuman setimpal yang berbentuk pengajaran dan bersifat pencegahan manakala peguam Ravin Jay berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia telah insaf  dengan perbuatannya itu kerana telah memberi kesan terhadap keluarga.

Sumber sinar harian online

Khamis, 28 Januari 2016

Fenomena Tarikan burger warna-warni

Tarikan burger warna-warni

KEBIASAANNYA, roti burger berwarna putih dan dihidangkan bersama daging burger, sos, mayonis, salad, tomato serta lain-lain sehingga membangkitkan aroma menyelerakan dan menarik sesiapa sahaja untuk menikmatinya.

Namun kebelakangan ini, penyediaan burger dengan pelbagai pilihan warna pada roti dan sosnya memikat hati penggemar burger sehingga mencetus fenomena.
Rasanya bukan sahaja enak berbanding burger biasa, namun cara ia dipersembahkan juga menjadi antara faktor tarikan.

Kakitangan swasta, Hartini Abdullah berkata, pada awalnya, dia agak bimbang untuk mencuba burger yang berwarna kerana faktor warna dan kelainan rasanya berbanding burger biasa dimakannya.

"Kali pertama saya mencubanya, tiga tahun lalu selepas melihat pengenalan burger itu yang tersebar meluas di laman sosial Facebook.

"Ketika itu, saya memesan burger yang mempunyai roti berwarna hitam, yang dikatakan mempunyai perisa arang. Selepas mencubanya, Alhamdulillah ternyata rasanya sedap," katanya.

Warna menyelerakan

Bagi kakitangan awam, Noradibah Ahmad, ketika pengenalan burger berwarna di Malaysia oleh restoran-restoran berjenama, dia tidak berani hendak mencuba kerana harganya yang mahal.
"Namun, selepas melihat ada kedai Melayu iaitu Burger Warisan menjual burger ini dengan harga berpatutan, barulah saya berani membeli kerana harganya di bawah RM10.
"Burger pertama saya cuba adalah warna merah dan hitam. Saya suka burger ini kerana warnanya menarik dan daging burgernya sedap serta 'juicy' kerana ia dibakar," katanya.
Bermula dari situ, setiap minggu, Noradibah pasti singgah ke kedai itu untuk makan burger warna-warni kegemarannya selepas tamat bekerja.
"Selain makan sendiri, saya juga pernah memesan burger warna-warni dua tingkat sempena hari jadi suami," katanya.

Hidangan istimewa

Juruteknik, Muhd Rais Abdul Rahman menyifatkan burger warna-warni sesuai dijadikan hidangan istimewa sempena sambutan hari jadi, perkahwinan atau majlis-majlis tertentu.
"Ini kerana, tarikan pelbagai warna pada burger itu membuatkannya begitu cantik, ceria dan unik.
"Jika sebelum ini, orang selalu beli kek atau menyediakan pulut kuning untuk hidangan pada hari istimewa, namun, burger warna-warni kini boleh menjadi alternatif," katanya.

Jualan meningkat 

Sementara itu, pemilik Burger Warisan, Amiruddin Abdullah berkata, jualan burger warna-warni di kedainya di Sijangkang, Kuala Langat begitu memberangsangkan selepas dia memperkenalkannya pada 2012.

"Setiap hari, kira-kira 150 biji burger warna-warni terjual dan sebulan pula lebih kurang 4,000 biji. Jumlah itu akan semakin meningkat apabila musim cuti sekolah kerana tempahan pelanggan tinggi.
"Selain jual di kedai, saya juga turut menerima tempahan pelanggan untuk majlis-majlis tertentu seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya, mengikut tempahan pelanggan," katanya.
Amiruddin menjual burger warna-warni bagi menarik pelanggan membeli di kedai burgernya apabila perniagaannya merosot selepas setahun membuka kedai sendiri.

"Saya mula jual burger biasa seperti ayam dan daging dengan membuka gerai di Sijangkang pada 2009. Disebabkan sambutan baik, saya mula membuka kedai sendiri di tapak yang sama.
"Kemudian saya jual burger bakar, selain burger biasa. Namun, perniagaan saya agak merudum tidak lama kemudian menyebabkan saya terpaksa cari alternatif lain," katanya.

Melihat trend burger warna-warni yang kebanyakannya dijual di restoran francais ketika itu, akhirnya Amiruddin mula menjual burger warna-warni dengan menempah roti berwarna daripada pengusaha bakeri tempatan.

"Saya minta mereka buat roti burger warna hitam (arang), merah (tomato), kuning (kuning telur) dan hijau (pandan). Saya memilih warna-warna makanan agar pelanggan tidak takut mencubanya.
"Untuk bahan burger seperti mayonis, saya ambil daripada pembekal tempatan, namun kami mengolahnya semula ikut resipi sendiri dan menjadikan ia berwarna-warni seperti warna roti burger.
"Sementara itu, daging burger mempunyai berat 100 hingga 150 gram terdiri daripada ayam, daging, arnab, rusa dan kambing yang semuanya dibakar," katanya.

Menurutnya, pada peringkat awal menjual burger warna-warni, Amiruddin terpaksa menerangkan mengenai penyediaan dan bahan digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut kepada pelanggan.
"Selepas dua hingga tiga bulan, pelanggan sudah tidak bertanya lagi dan mereka mula menerima burger warna-warni ini sehinggalah saya membuka cawangan kedua Burger Warisan di kawasan berhampiran cawangan pertama," katanya.

Kredit : Sinar Harian Online


Rabu, 27 Januari 2016

Supaya Rezeki Suami Mengalir Deras, Isteri Wajar Lakukan 5 Perkara Ini


Peranan seseorang isteri tidak hanya mengatur tempat tinggal serta menjaga anak sahaja, namun juga mengatur kewangan keluarga. Berapapun nafkah yang didapatkan suami, isteri harus bijak mengatur untuk penuhi segala keperluan harian.

Sebagai isteri, ada hal-hal yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keberkatan rezeki keluarga yang didapat dari usaha suami.

Tersebut amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menaikkan berkatan rezeki yang diperoleh suami agar rezeki keluarga sentiasa melimpah:

1. Berikanlah Beberapa Nafkah dari Suami untuk Orang-tua serta Mertua

Sekecil apa pun atau sedikit apa pun, asingkan beberapa nafkah dari suami untuk orang-tua serta mertua. Meskipun hanya dengan membelikan beras atau keperluan harian yang lain, sedarilah bahawa aspek itu mampu meningkatkan keberkatan rezeki yang didapat.

Tutup telinga rapat-rapat serta janganlah pedulikan apabila terima sindiran atau dibanding-bandingkan dengan jumlah yang didapat dari menantu lain yang lebih besar, jangan pernah jadikan hal itu pemusnah niat baik kita.

Jauhi juga berpikiran seperti itu, “Jangankan untuk orang-tua, untuk keluarga sendiri pun tak cukup! ” atau “Orangtua serta mertua saya sudah kaya! ”

2. Selalu Mengingatkan Suami untuk Memberi Nafkah Keluarga dengan Rezeki Halal

Peranan istri yang lain adalah senantiasa mendoakan serta meningatkan suami supaya memberi nafkah kepada keluarga dari rezeki yang halal.

Kerana besarnya kepentingan rezeki yang halal demi membentuk sebuah keluarga yang baik dan dirahmati Allah.

3. Menghindari Kehidupan Yang Boros

Masak sendiri dirumah lebih menjimatkan daripada makan di luar atau beli makanan dari luar. Malah isteri juga mampu menghindari keluarga dari amalan boros.

Bawakan bekal untuk suami agar tidak perlu makan siang diluar pejabat, juga untuk anak agar mereka tidak makan jajan atau makanan ringan.

Semoga ikhtiar berhemat serta merubah lifestyle itu dapat menaikkan keberkatan rezeki keluarga.

4. Lakukan Beribadah Bersama

Beribadah serta ketakwaan yang kita kerjakan bukan sahaja mendapat pahala malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dorong keluarga untuk melakukan solat berjemaah setiap hari, malah adakan acara ibadah di rumah bersama keluarga seperti berpuasa sunnah Isnin serta Khamis, solat ditengah malam, membaca Al Quran serta yang lain.

5. Jauhi Pertikaian dalam Tempat Tinggal

Pertikaian cuma akan menyalutkan kebencian serta menghilangkan keharmonian rumah tangga.

Isteri haruslah menjadi penyejut dikala suami dalam keadaan stres, bukannya menjadi insan yang menjadi pertikaian yang semakin besar.

Semoga info itu bermanfaat serta dapat diamalkan dalam kehidupan keseharian agar membuat pendapatan suami lebih berkat, melimpah serta mengalir deras.

Kredit : http://www.ohmedia.my

Selasa, 26 Januari 2016

TG Nik Aziz akan 'asingkan diri' ke Jerantut kalau ada masalah

 Image result for tok guru nik aziz
SHAH ALAM - Hampir setahun masa berlalu, begitu cepat rasanya ALLAH menjemput pemimpin yang disayangi ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergiannya dikatakan meninggal kesan mendalam terhadap setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu, termasuklah anak saudaranya yang juga penceramah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ibu Ahmad Dusuki merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Berkongsi kenangan bersama Sinar Harian, Ahmad Dusuki berkata, apa yang paling beliau ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

"...sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.
"Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

"Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat 'wirering' kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah...sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah," ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.
"Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga," katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

"Beliau akan pergi 'bersembunyi' di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin 'merehatkan diri' buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

"Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika," katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

dipetik dari Sinar Harian Online

Isnin, 25 Januari 2016

Kami tidak lupa diri walaupun dapat RM1 juta

 Kami tidak lupa diri walaupun dapat RM1 juta’

KUANTAN  -  “Kehidupan pakcik dan isteri, Nori Hashim, 55, masih seperti biasa walaupun mendapat bayaran RM1 juta selepas ladang sawit dilombong pada Jun tahun lalu," kata peneroka Felda Bukit Goh, Abu Bakar Mat Ali, 67.

Menurutnya, dia tetap menjual kuih-muih bersama isterinya yang menjadi rutin mereka sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, tidak timbul soal lupa diri atau sebagainya kerana dia tidak pernah mengimpikan mendapat sejumlah wang yang banyak di usia emasnya.

Menceritakan permulaan dia didekati pengusaha lombong, Abu Bakar berkata, dia dihubungi beberapa pengusaha lombong bauksit tahun lalu yang memujuknya supaya memajakkan tanahnya untuk perlombongan bauksit.
“Pada peringkat awal, pakcik tidak bersetuju sehinggalah dihubungi pengusaha kesembilan yang memberi jaminan dan dengan perjanjian yang dibuat.

“Mungkin rezeki ini sudah ditakdirkan untuk pakcik dan makcik selepas berpuluh tahun kami mengusahakan ladang sejak 1970.
“Pada permulaan, pakcik terima bayaran deposit sebanyak RM200,000 sebelum mendapat bayaran penuh baru-baru ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Bukit Goh.

Abu Bakar memberitahu, sebelum bersetuju dengan perjanjian ditandatangani, dia terlebih dahulu telah berbincang dengan sembilan anaknya sehinggalah mereka turut bersetuju.
Beliau berkata, ladang seluas 2.8 hektar itu, mula dilombong pertengahan tahun lalu dan kini prosesnya sudah hampir selesai.

“Pakcik anggap ini juga adalah rezeki anak cucu juga.
"Pada usia begini, tidak banyak yang pakcik ingin lakukan.
“Bagaimanapun, pakcik merancang untuk membawa kesemua anak-anak mengerjakan umrah sebagai tanda kesyukuran,” katanya.

Warga emas itu berkata, dia bersyukur kerana berurusan dengan pengusaha yang menepati janji kerana ada sesetengah rakannya teraniaya dengan perjanjian ditandatangani.

Sinar Harian Online 

Sabtu, 23 Januari 2016

Bomba dijangka terima dua helikopter

 Bomba dijangka terima dua helikopter

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka menerima dua buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 tahun depan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata helikopter berkenaan adalah untuk kegunaan bomba di Sabah.

"Pada masa ini, untuk kegunaan operasi di Sabah, kami gunakan dua buah helikopter yang berada di Sarawak.

"Setakat ini, bomba mempunyai tujuh buah helikopter, dua di Sarawak manakala lima di Semenanjung Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kawalan Kecemasan (ECC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PLC Group Mohd Hazim Mohd Noordin.
Helikopter berkeupayaan sederhana itu yang dilengkapi enjin berkembar mampu memuatkan sehingga 14 orang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, selain mampu terbang selama enam jam dengan sekali isian minyak serta mempunyai kelajuan maksima 310 kilometer sejam.
Mengulas mengenai pusat kawalan itu, Wan Mohd Noor berkata pusat berkenaan berfungsi menyampaikan maklumat jika berlaku kecemasan di pelantar minyak dan akan beroperasi awal Februari ini.

"Ia bagus dan melalui pusat ECC ini, kami akan dapat memperoleh maklumat lebih tepat serta dapat merancang apakah tindakan serta apa yang perlu dibawa ke lokasi," katanya. - Bernama

Jumaat, 22 Januari 2016

'Awan merah' hanya boleh dilihat di Kelantan

 'Awan merah' hanya boleh dilihat di Kelantan

KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Kota Bharu dan beberapa daerah di Kelantan disajikan dengan pemandangan awan indah disinari cahaya matahari senja antara jam 6 hingga 7.30 petang, petang semalam.

Rata-rata penduduk yang sempat menyaksikan kejadian awan berwarna jingga, ungu, merah, biru dan putih itu tidak melepaskan peluang merakam gambar dan dimuat naik di laman-laman sosial untuk dikongsi bersama.

Antaranya, pengguna Facebook, Wan Mohd Zaini Wan Johan, 31, memuat naik sembilan gambar keindahan semula jadi yang dapat disaksikan dari rumahnya di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini.

Dia memuat naik gambar berkenaan dengan kata-kata, “sungguh hebat ciptaan Mu Ya ALLAH. Senja yang mendamaikan” yang turut mendapat puluhan likes, komen dan ratusan perkongsian.
Sementara itu, seorang pengguna Instagram dengan nama samaran, Wolfgang Grimmer turut memuat naik sekeping gambar selfie awan berkenaan dengan kata-kata, “langit marah”.

Gambar selfie itu turut mendapat komen seorang daripada kenalannya dengan kata-kata, “orang tua-tua pesan, kalau kabut dah merah masuk dlm rumah, jangan main kat luar, setan tengah banyak”.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata, kejadian awan indah tersebut terbentuk secara kebetulan apabila bertembung dengan cahaya matahari yang sedang terbenam pada waktu senja.

“Susah nak komen ni, tapi pada waktu-waktu senja biasanya pemandangannya memang indah. Cuma, semalam, kebetulan awan terbentuk cantik dan bertembung pula dengan pantulan cahaya matahari yang mengeluarkan lebih banyak spektrum merah pada waktu lewat petang.

“Benar, keindahan seperti ini bukan hari-hari berlaku, tetapi bukan juga sesuatu yang pelik. Setakat mengagumi keindahan alam ciptaan Allah itu boleh dan jangan pula dikaitkan dengan perkara-perkara pelik seperti dakwaan kerana El-Nino sebab kejadian ini tiada kaitan dengan El-Nino,” katanya.

Katanya, kejadian itu juga dikatakan hanya boleh dilihat mereka yang berada di sesetengah lokasi di Kelantan dan tidak di negeri lain.

Sinar Harian Online

Khamis, 21 Januari 2016

Sup 'denggi' kini semakin laris

 Sup denggi kini semakin laris

KUALA TERENGGANU – Sup ketam nipah yang juga digelar sup denggi oleh penduduk tempatan kini semakin mendapat permintaan yang amat luar biasa dalam kalangan pelanggan disebabkan peningkatan wabak denggi di negeri Terengganu.

Pekerja Restoran Aqua Seafood, Ahmad Farhan Kamaruddin, 17, berkata, menu sup ketam nipah yang digelar sup denggi mendapat permintaan luar biasa bagi mengubati individu yang menghidapi demam denggi.

Katanya, seekor ketam nipah dijual pada harga RM18 bergantung pada saiz dan berat.
“Biasa dalam jam 9 hingga 10 malam baru habis, tetapi semalam ketam nipah paling laris malah sejak kedai beroperasi jam 5 petang, belum jam 7 malam ia habis dijual.

“Paling banyak dalam sehari 50 ekor ketam nipah habis dibeli pelanggan yang kebanyakannya memberitahu ingin mengubat penyakit demam denggi,” katanya.

Ketam nipah tak cukup

Sambutan luar biasa dengan tempahan yang tinggi setiap hari menyebabkan kebanyakan pencari ketam nipah meluahkan rasa gusar kerana haiwan eksotik itu agak berkurangan kebelakangan ini.
Penangkap ketam nipah, Abdullah Hamzah, 63, dari Kampung Laut berkata, ketam yang boleh membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi ini kini agak berkurangan dan ia menjadi kesulitan bagi nelayan sepertinya untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Kalau sebelum ini memang agak banyak malah dalam sehari boleh dapat sehingga lima kilogram ketam nipah, kini nak dapatkan sekilogram pun agak susah malah terpaksa meletakkan had pembelian bagi setiap pelanggan.

“Kini kita memang tumpu kepada permintaan pelanggan yang ingin membeli ketam nipah bagi tujuan mengubati penyakit demam denggi. Permintaan daripada pelanggan lain ada, tetapi kita memikirkan mereka yang lebih memerlukan.

“Hari ini (semalam) sahaja pun saya menerima tempahan 10 orang pelanggan tetapi belum dapat memenuhi kesemuanya kerana hanya dapat beberapa ekor sahaja,” katanya.

Tangkap ketam kecil

Menurut Abdullah, jika sewaktu musim ketam banyak, anak ketam nipah bersaiz kecil tidak ditangkap, kini anak ketam bersaiz kecil pun akan ditangkap bagi tujuan mengubat demam denggi.
“Kalau sebelum ini kita hanya tangkap ketam bersaiz besar bagi memastikan ketam-ketam ini akan terus membiak dengan banyak di habitatnya, kini kita juga tangkap ketam-ketam kecil bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan.

“Sekarang, paling banyak pun dapat sehingga dua kg sehari, ada juga hari-hari yang pulang dengan tangan kosong dan hanya bawa balik dua, tiga ekor ketam sahaja,” katanya.
Selain faktor penerokaan habitat haiwan ini, faktor air sungai turut memainkan peranan terhadap jumlah ketam yang ditangkap kerana kebanyakan ketam tidak muncul ketika musim ini tambahan pula ketika air pasang.

“Biasanya ketam ini akan mudah didapati selepas musim tengkujuh iaitu pada bulan April, Mei dan Jun. Waktu ini memang ketam ini banyak dan pelanggan pun akan berpuas hati.
“Buat masa sekarang, kalau bawak balik ketam dalam sekilogram dan jual sekitar jam 8.30 pagi, sebelum jam 10 pagi ia telah habis dibeli, jadi, pelanggan yang datang lewat sedikit akan terlepas,” katanya.

Harga makin tinggi

Abdullah yang telah 40 tahun berkecimpung sepenuh masa sebagai penangkap ketam nipah berkata, ketam ini kini dijual pada harga tinggi malah berdasarkan harga di pasaran ia mampu mencecah RM65 sekilogram.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjual pada harga RM35 hingga RM40 sekilogram bergantung pada saiz ketam nipah itu.

“Kalau dahulu, ketika ketam ini mudah didapati, ia hanya dijual RM0.70 sen sekati (mengikut timbangan ketika itu). Kini harga memang melambung tinggi kerana permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi dalam tempoh setahun dua ini setelah ramai yang mengetahui khasiatnya yang mujarab bagi mengubati demam denggi.

“Pernah juga ada pelanggan dari Kuantan dan Kuala Lumpur yang datang mencari ketam ini bagi tujuan mengubat demam denggi, jika ada ketam kira rezeki mereka, jika sudah habis, terpaksa mereka dapatkan di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pencari ketam nipah, Ngah@Awi Yusof, 62, dari Kampung Belukar Jambu berkata, permintaan tinggi terhadap ketam nipah kini menyebabkan dia tidak senang duduk kerana mendapat sehingga 15 tempahan setiap hari.

“Saya hanya jual ketam nipah di rumah, dalam sehari boleh dapat 1 hingga 2 kilogram. Biasa akan cari ketam pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dan akan pulang setelah mendapat hasil tangkapan.
“Memang kini ketam nipah amat diperlukan bagi tujuan mengubat demam denggi, jadi, kita akan maklumkan pada pelanggan yang telah tempah sekiranya ketam telah ada dan mereka akan datang untuk ambil di rumah,” katanya yang telah masuk tahun keenam menjadi pencari ketam nipah.

Seorang lagi penangkap sambilan ketam nipah, Aizul Aziz, 36, berkata, dia hanya mencari ketam nipah pada waktu lapang dan menjual di kedai rakannya pada harga RM28 sekilogram.

Katanya, walaupun dia tahu harga di pasaran tinggi, dia tidak mahu menjual ketam itu pada harga yang tinggi kerana memikirkan pelanggan yang memerlukan ketam nipah bagi tujuan pengubatan.
“Saya biasanya akan cari ketam nipah jika saya ada masa lapang. Setakat ini paling banyak pun dapat dalam lima hingga enam ekor sehari, ada masa-masa pulang dengan tangan kosong.

"Bergantung pada keadaan kerana musim ketam nipah belum sampai lagi, jadi, agak sukar dapatkannya,” katanya.

Sinar Harian Online

Rabu, 20 Januari 2016

Gagah ke masjid di usia 90 tahun

Gagah ke masjid di usia 90 tahun

KAMPUNG BARU SUNGAI BINJAI - Biarpun kudratnya kian terhalang dek kerana usia sudah menginjak 90 tahun, namun seorang moyang 15 cicit, di sini, masih setia melaksanakan tanggungjawab diamanahkan sebagai seorang bilal masjid.

Meskipun pernah terpijak najis lembu serta terjatuh longkang kerana penglihatan kian kabur, Seman Samat tetap gagahkan diri melangkah ke masjid dengan berbekalkan tongkat bagi melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

Mencungkil secebis kisah warga emas yang lebih dikenali sebagai Pok Nik ini, dia menyedari kemampuan diri kini terhad namun ketiadaan pengganti menyebabkannya terus menggalas amanah sebagai bilal atau muazin sehingga kini.

“Pakcik mula jadi bilal sejak tahun 1970an, sewaktu berhijrah ke sini dari Pasir Puteh. Pakcik antara orang terawal datang sini, kami bergotong-royong bina surau atau dipanggil ‘balaisoh’.
“Lepas siap, pakcik antara yang selalu laungkan azan sampailah diberi tanggungjawab itu hingga sekarang," katanya.

Menurutnya, dia akan ke masjid seawal jam 4.30 pagi untuk beriktikaf dan terus melaungkan azan apabila masuk waktu Subuh.

“Sebagai bilal, menepati masa adalah penting dan perlu dijaga sebaik mungkin. Tapi, lepas mata pakcik tak dapat melihat jelas lebih setahun lalu, pakcik tak lagi ke masjid untuk azan Subuh, hanya empat solat fardu lain.

"Tempat pakcik biasanya diambil alih oleh jemaah atau imam,” katanya.

Boleh agak kedudukan masjid

Tambah Pok Nik yang mempunyai 30 cucu, dia biasanya dipimpin jemaah masjid untuk pulang ke rumah terletak kira-kira 50 meter selepas selesai solat Isyak kerana masalah penglihatannya.
“Memang pakcik tak nampak jelas, hanya nampak bayang-bayang saja, tapi mungkin sebab dah biasa, pakcik boleh agak kedudukan masjid termasuk mana pintunya, mikrofon, dan suis dalam masjid.

"Tapi tak selalulah nasib baik, ada masa pakcik terpijak tahi lembu, pernah sekali jatuh dalam longkang sebab silap agak.

"Tapi, selagi diberi amanah sebagai bilal, pakcik akan buat. Masjid ini dah macam rumah kedua pakcik, sebagai bilal memang wajib untuk datang awal sebelum waktu solat," katanya.

Menurutnya lagi, dia sebelum ini sering membaca al-Quran setiap kali beriktikaf di masjid, namun sejak penglihatannya mula kabur, dia hanya berzikir dan menghafaz surah.

"Bilal biasanya akan ganti imam kalau imam tak dapat datang,” ujarnya yang punyai 10 anak.
Kata Pok Nik lagi, dia pernah berniat menamatkan tugasnya sebagai bilal kerana menyedari keuzuran diri, namun niat tersebut belum tertunai memandangkan ketiadaan pengganti.

“Memang kalau diikutkan umur pakcik sekarang dah tak sesuai jadi bilal, tapi selagi diberi tanggungjawab, pakcik akan buat. Bukan sebab nak elaun, tapi untuk bekalan ke sana," katanya.
Tambahnya, dia pernah mendengar ada beberapa calon mencuba jawatan bilal tersebut namun tidak lulus syarat.

"Jadi bilal ni bukan untuk azan saja, ia lebih dari itu. Kita perlu tahu ilmu fardu kifayah termasuk uruskan jenazah," katanya.

Sementara itu, jemaah Mat Zin Salleh, 73, berkata, secara peribadi dia kagum kesungguhan Seman melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bilal walaupun pergerakannya terbatas.

"Walau dah berumur, tapi dia tetap setia jalankan tugas. Tapi, ada juga rasa kasihan sebab sepatutnya dia sudah boleh berehat, namun nak buat macam mana selagi tak ada pengganti.

"Selain Seman, ada lagi seorang bilal, tapi dia bertugas hari Jumaat saja. Pasal pengganti bilal ini memang selalu dicakapkan oleh imam, jawatankuasa masjid dan jemaah, tapi sayang orang muda tak berapa minat," katanya.

Sinar Harian Online

Selasa, 19 Januari 2016

'Ini Rashid, Rashid kena hentam lepas masuk TV3'


Akaun Facebook "Jadilah seperti Rashid" baru-baru ini mencipta fenomena baru di laman sosial apabila membawakan mesej dalam bentuk jenaka satira.

Menerusi watak kartun orang lidi, Rashid menyampaikan nasihat dan pesanan berguna kepada masyarakat sambil menyentuh pelbagai topik dan isu-isu semasa.

Fenomena Rashid begitu cepat tersebar dan dalam tempoh beberapa hari sahaja jumlah pengikutnya mencecah ratusan ribu.
Ini RashidRashid dijemput untuk ditemuramahRashid dah sampaiRashid dah ready
Posted by Jadilah Seperti Rashid on 16hb Januari 2016
Sehingga kini akaun Facebook Jadilah seperti Rashid disukai lebih 300,000 pengguna Internet.
Populariti watak 'Rashid' yang dikendalikan empat anak muda itu turut mendapat perhatian media arus perdana dan disiarkan dalam slot Buletin Utama di TV3 semalam.

Bagaimanapun kemunculan "Rashid" di TV3 nampaknya tidak disenangi ramai, bahkan ada kalangan peminatnya yang memberikan komen negatif.

Menerusi status Facebook, 'Rashid' memberitahu lokasinya yang berada di Seri Pentas dan akan ditemubual oleh stesen TV berkenaan.

"Ini Rashid. Rashid dijemput untuk ditemuramah. Rashid dah sampai. Rashid dah ready," tulisnya di Facebook.

Ia kemudian dibalas dengan komen-komen mengejek dari peminatnya di Facebook. Antaranya dari pemilik akaun bernama Pak Di.

"Rashid dah bangga diri masuk TV3. Kami tak suka TV3. Kami tak suka Rashid masuk TV3. Rashid dah tak bijak. Jangan jadi seperti Rashid," ujar Pak Di.

Seorang lagi pemilik akaun bernama Farra Ziapa pula berseloroh: "Apakah Allah telah menarik balik kebijaksanaan yang Rashid miliki sebelum ini? Sesungguhnya semua adalah pinjaman semata-mata di dunia,".
Manakala Nezwan Jamil pula berkata "Rashid tarik kahak, Rashid ludah kat atas, kahak jatuh atas kepala Rashid, Rashid marah kat kahak itu."
Selain itu, Abbud Abbasy berkata "Pendapat saya Rashid patut tolak temuramah TV3, Rashid kena bijak berfikir pro dan kontra Dalam membuat kerja amal kena ikhlas, orang akan perhati setiap tindakan, perkataan dan perbuatan. Jangan silap langkah Rashid,".
Barangkali menyedari dirinya menerima kecaman peminat, Rashid menulis satu lagi status di Facebook, kali ini dengan cara yang sinikal.
Terima kasih Buletin Utama TV3 sudi temuramah team Rashid.
Posted by Jadilah Seperti Rashid on 16hb Januari 2016
"Ini Rashid. Rashid hari-hari menonton Buletin Utama TV3. Rashid tak menonton dari pukul 8. Rashid tunggu di penghujung rancangan sebab nak tengok segmen sukan. Rashid hanya mahu tahu 'good news'. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Bagaimanapun peminatnya terus mengecam Rashid. Antaranya Mohamad Hanis yang berkata "Ini Rashid, Rashid dah masuk TV3 suku, Rashid dah mula lupa daratan, jadilah seperti Rashid.
Sementara itu terdapat juga peminat Rashid mempertahankannya dengan penuh emosi.
"Bangang, bila masuk TV3 kata penjilat. At least inilah Rashid ceriakan rakyat Malaysia dengan banyak info diberikan. At least mereka kreatif. Kau orang buat apa? Habis tu kalau mereka masuk (Astro) Awani penjilat jugak? LOL"

Malaysiakini

Isnin, 18 Januari 2016

Chef, perunding tidak mengaku atur perolehan harta IS

 IS

KUALA LUMPUR - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan membabitkan diri dalam mengatur bagi memperoleh harta untuk kumpulan pengganas IS.‎

Mohamad Fauzi Misrak, 36, seorang cef di Singapura, dan Rohaimi Abd Rahim, 39, perunding kewangan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.  

Mereka didakwa bersama-sama melibatkan diri dalam satu pengaturan yang memudahkan perolehan harta bagi IS dengan mengendalikan akaun Maybank milik Mohamad Fauzi untuk tujuan keganasan.      

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad cawangan Subang Jaya di Jalan SS15/4D, Subang Jaya, antara Disember 2013 dan Julai 2014.  

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130P Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati jika perbuatan itu menyebabkan kematian, dan jika tidak melibatkan kematian, mereka boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah lain di sini untuk dibicarakan bersama dengan satu kes lain yang dihadapi mereka Seksyen 130G(c) Kanun Keseksaan.  

Rohaimi didakwa atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan pengganas IS melalui blog Revolusi Islam.com.  

Mohamad Fauzi pula didakwa bersubahat dengan Rohaimi atas tuduhan sama dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan dalam blog Revolusi Islam.com. sebagai medium mencari harta bagi manfaat IS.

Mahkamah membenarkan kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi lain di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudiannya menetapkan 2 hingga 5 Februari untuk perbicaraan kesemua kes itu. 

Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Mohd Fitri Asmuni mewakili kedua-dua tertuduh. - Bernama

Penaja pelik pasukan bola sepak

  Penaja pelik pasukan bola sepak

BERMULA musim baharu liga bola sepak tahun ini, negara kita mula 'meledak' dengan kisah-kisah penaja bola sepak yang ingin menaja pasukan bola sepak tempatan.

Antara yang mencuri tumpuan tentulah pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr  Hasmiza Othman yang membelanjakan sebanyak RM16 juta bagi menaja pasukan Kelantan selama dua musim.

Rentetan daripada itu, 'saudagar-saudagar' kecantikan di negara ini juga dilihat tidak mahu mengalah untuk turut serta menjadi penaja pasukan bola sepak tempatan yang lain antaranya pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang dikhabarkan ingin 'melamar' pasukan Selangor.

Kisah-kisah ini tentulah membawa warna yang lebih ceria kepada liga bola sepak negara, yang dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini.

Namun apa yang mungkin kita tidak tahu dalam dunia ini masih ada kisah penaja yang mencuri tumpuan, termasuk kisah penaja yang pelik dan melucukan.

1) Pasukan Voukefalas

Kelab dari Greece ini terpaksa menerima tajaan daripada rumah pelacuran dek kerana masalah kewangan yang dihadapi negara tersebut.
Oleh itu, pada 2012 kelab Voukefalas ini menerima tajaan daripada rumah pelacuran soula.
"Apabila kami mengumumkan kepada pemain kami akan ditaja rumah pelacuran, mereka bertanya tentang bonus," kata presiden kelab itu seperti yang dilaporkan oleh Mirror.Uk.

2) Pasukan Paleopyrgo

Masih juga di Greece, pasukan Paleopyrgo juga senasib dengan pasukan Voukefalas apabila masalah ekonomi menjadi faktor kepada pasukan ini untuk menerima tajaan daripada rumah mayat.
"Ia adalah tentang untuk terus bertahan. Pemilik rumah pengurusan mayat itu adalah seorang rakan dan kami bersetuju," kata pengurus kelab itu, Giannis Batziolas kepada Nova Sport FM.

3) Pasukan Ac Milan

Walaupun kelab ini begitu mashur sehingga kini, namun pada tahun 1981-1982 kelab yang berasal dari Itali ini pernah menjadi bahan jenaka peminat bola sepak.
Memetik laporan Mirror, pasukan ini yang menerima tajaan daripada pakaian Pooh Jeans pada tahun itu, menarik minat khayalak kerana jersi yang dipakai oleh pasukan itu tertera perkataan "Pooh" yang besar tertera dibahagian hadapan jersi sehingga menjadi bahan tawa peminat.

Sinar Harian Online

Ahad, 17 Januari 2016

Cara Menjual Ruang Iklan di Blog

Image result for Cara Menjual Ruang Iklan di Blog

Perkembangan blog begitu pesat sebagai sarana untuk mempromosikan atau mengiklankan sebuah produk, sehingga banyak blogger yang menjadikan blog sebagai mesin penghasil uang. Banyak cara yang bisa dilakukan untuk mendapatkan uang melalui blog. Mulai dari memasang iklan dengan mengikuti Advertising Network seperti Google Adsense, Doubleclick for Publisher atau jaringan periklanan sejenisnya, menjual produk sendiri, menjual jasa, mengikuti program afiliasi, mengikuti kontes blog sampai dengan menjual ruang iklan di blog.

Dari sekian banyak cara tersebut, yang akan dibahas kali ini adalah bagaimana cara menjual ruang iklan di blog. Cara ini tidak lain menawarkan space iklan mandiri di blog kita untuk para advertiser yang mau memasang iklan produk mereka. Cara ini juga terbilang lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan cara yang lain. Diantaranya karena pemilik blog tidak akan terikat oleh aturan (karena aturannya dia yang buat sendiri), mendapatkan bayaran penuh bahkan pembayarannya diberikan di muka dan bisa mendapatkannya setiap bulan, serta blogger bisa menyeleksi sendiri materi iklan yang boleh dipasang diblognya.

Cara Mendapatkan Pemasang Iklan Untuk Blog

Banyaknya keuntungan yang akan didapat dari menjual ruang iklan di blog berbanding lurus dengan sulitnya mendapatkan advertiser. Dengan kata lain, mencari dan mendapatkan advertiser yang mau memasang iklan di blog kita, tidaklah mudah. Banyak hal atau syarat yang harus dipenuhi berkaitan dengan blog yang akan kita jadikan sebagai publisher iklan. Diantaranya, blog harus memiliki trafik yang tinggi, banyaknya jumlah pengunjung tetap yang ditandai dengan jumlah follower, liker, dan subscriber. Tak ketinggalan pagerank yang tinggi dan alexa rank yang ramping.

Namun demikian, semua syarat diatas tidak selamanya menjadi sebuah ketentuan yang tetap. Asalkan blog punya trafik tinggi, sudah cukup menjadi modal utama untuk bisa mendapatkan advertiser. Meskipun pagerank dan alexa rank rendah, hal itu tidak masalah.

Untuk selanjutnya, silahkan simak beberapa langkah cara menjual ruang iklan di blog yang dikutip dari berbagai sumber.

1. Membuat Halaman Pasang Iklan

Langkah pertama, buatlah sebuah halaman atau postingan tentang pasang iklan di blog. Halaman tersebut setidaknya harus berisi tentang deskripsi blog, statistik jumlah trafik, ranking alexa, pagerank, dan jumlah follower blog. Ditambah lagi mengenai syarat dan ketentuan memasang iklan plus contact person yang bisa dihubungi. Sebagai contoh, Anda bisa lihat di halaman pengiklan Hasrulhassan.com.

2. Memasang Banner Iklan

Langkah kedua, untuk melengkapi atau mendukung halaman pasang iklan, buatlah banner iklan di blog. Banner tersebut dibuat bertujuan untuk memberikan informasi bahwa blog Anda bersedia disewakan sebagian space nya untuk dipasangi iklan, dan banner itu harus dipasang di blog dimana pengunjung terutana calon advertiser bisa melihatnya. Jangan lupa, beri link di banner yang mengarah langsung ke Halaman Pasang Iklan.

3. Menghubungi Pemasang Iklan / Advertiser

Langkah ketiga, jika poin satu dan dua sudah dilakukan, sebaiknya Anda tidak hanya menunggu dihubungi calon advertiser. Namun, alangkah baiknya Anda hunting para pemasang iklan. Caranya mudah sekali, yaitu dengan searching di Google lalu kunjungi situs Pasang Iklan Baris Gratis. Disana terdapat banyak banner-banner para pengiklan yang dipasang. Silahkan Anda kunjungi situs para pengiklan tersebut, kemudian hubungi mereka melalui contact person nya yang berupa email, nomor handphone, atau contact us.

Selanjutnya tawarkan pemasangan iklan kepada mereka di blog Anda dengan memberikan beberapa penjelasan mengenai blog Anda dan syarat ketentuan pemasangan iklan.

Itulah sedikit tips menjual ruang iklan di blog sebagai salah satu cara mendapatkan uang melalui blog.

Semoga bermanfaat.

kredit :  http://dawaihati.com

Sabtu, 16 Januari 2016

Munafik : Filem dakwah Syamsul Yusof

Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof

PENGARAH muda, Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaharu berjudul Munafik, setelah hampir empat tahun  berehat daripada bidang perfileman.

Filem yang bakal ditayangkan pada 25 Februari ini tercetus di atas sambutan luar biasa filem seram arahannya sebelum ini, Khurafat.

Bagaimanapun, kata Syamsul, filem seramnya kali ini diselitkan dengan nilai-nilai agama yang menjadikan filemnya itu lebih bermoral.
"Ramai yang mengetahui saya seorang pengarah serba boleh dengan mengarahkan filem seram, komedi dan aksi.

"Namun saya selalu terfikir untuk menghasilkan filem seram yang bukan sahaja mempunyai babak seram, malahan ada elemen keagamaan yang tinggi.

"Justeru Munafik adalah filem tepat untuk angkat elemen keagamaan dalam sesebuah filem seram. Dan sering kali juga topik munafik menjadi pilihan agamawan bercakap tentangnya di dalam sesebuah kuliah agama.

"Bagaimanapun, filem ini bukan mengajar orang tentang apa munafik sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya memberi gambaran apa itu munafik," katanya kepada Zass.
Menurutnya, objektif menghasilkan filem Munafik adalah supaya filem tersebut dikenang sebagai filem paling seram di negara ini dan akan diingati sampai bila-bila.

"Filem seram yang baik bukan terletak pada keseraman sahaja tetapi filem yang baik terletak pada jalan cerita dan dapat memberi kesan kepada hati penonton," katanya.
Tambahnya, sebagai pengarah, antara cabaran menghasilkan filem tersebut adalah dari segi pemilihan tajuk itu sendiri yang sangat berat baginya serta memerlukan ilmu untuk menghasilkannya.
"Oleh kerana ini filem seram keagamaan, saya perlukan ilmu secukupnya. Perlu banyak belajar dan ketika saya berehat daripada mengarah beberapa tahun lalu, saya mendalami sendiri ilmu agama, tafsir al-Quran dan hadis untuk dijadikan panduan dalam filem.

"Selain menjadi pengarah, saya sendiri menulis skrip filem dan memegang watak utama sebagai seorang ustaz.
"Jadi pemilihan ayat al-Quran untuk dijadikan dialog dan cabaran menghasilkan babak seram perlu saya tekankan.
"Menghasilkan babak seram itu penting untuk filem kini, kerana penonton sudah muak dengan lambakan filem seram yang tidak penuhi pemikiran mereka untuk lebih terkedepan bagi filem sedemikian.

"Justeru filem ini ada elemen seram, metafora dan keagamaan serta kerohanian yang boleh dikenang sampai bila-bila di samping menyentuh perasaan penonton," katanya.
Sebagai seorang Muslim juga, katanya, filem ini merupakan salah satu caranya mahu berkongsi ilmu dan teladan dengan masyarakat.

"Pada saya, semua orang Muslim di muka bumi ini ada tanggungjawab untuk berdakwah.
"Oleh kerana saya seorang Muslim yang menjadi pengarah filem, justeru tugas saya dapat memberi sedikit dakwah kecil melalui filem ini selain untuk berhibur.
"Filem ini menggerakkan hati kita sejauh mana keimanan kepada Tuhan dan terima segala ketentuan ALLAH. Harap filem akan memberi teladan kepada semua.

"Saya mahu penonton tahu serba sedikit apa itu munafik dalam Islam dan syaitan boleh merosakkan akal fikiran tidak kira alim ulama atau sesiapa sahaja," katanya.

Lakonan hebat Nabila

Dibintangi Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, A Galak dan Datuk Rahim Razali, Syamsul berkata, kesemua pelakon adalah pilihannya sendiri dan dia sangat berpuas hati dengan lakonan yang diberikan.

"Lakonan Nabila Huda yang memegang watak sebagai Maria sangat baik dan saya boleh rasakan dia akan tercalon untuk anugerah pelakon wanita terbaik pada anugerah akan datang kerana ketika di set penggambaran, sepenuhnya dia memberikan komitmen.

"Bukan sahaja di set tetapi ketika suntingan filem, saya terkejut dengan lakonannya terutama babak dirasuk jin, ada syot membuatkan saya hampir menitiskan air mata.
"Pelakon Fizz Fairuz dan Pekin Ibrahim juga memuaskan hati saya dari segi persembahan lakonan mereka. Mereka tahu objektif watak yang diberikan. Dan lakonan mereka saya tidak pernah lihat pada filem lain.

"Begitu juga dengan lakonan pelakon veteran seperti A Galak dan Datuk Rahim Razali. Walaupun mereka veteran, mereka menghormati saya sebagai pengarah muda dan pada masa sama saya belajar banyak ilmu daripada mereka," katanya.
Filem yang menelan belanja hampir RM2 juta ini melakukan penggambaran pada Mac tahun lalu di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Janda Baik.

Tempoh penggambarannya pula mengambil masa 45 hari walaupun sasaran awal hanya 35 hari.
Syamsul berkata, tempoh itu menjadi sedikit panjang kerana mahu memberikan terbaik pada babak yang dilakukan demi memberi kepuasan kepada penonton ketika menonton filem itu nanti.
"Saya mahu hasilkan babak yang lebih baik, jadi perlukan masa dari segi sinematografi, fotografi serta mood seram dan babak yang tepat.

"Apa yang boleh saya katakan juga, banyak babak dalam filem ini belum pernah ada pada filem seram lain," jelasnya.
Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul, tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Cabaran di rumah usang

Secara jujurnya, kata Syamsul, mereka tidak mengalami gangguan yang teruk sepanjang menjalani penggambaran walaupun filem itu filem seram.
"Memang banyak babak kami buat di lokasi agak seram terutama di bilik mayat, rumah usang dan tanah perkuburan. Selain ada heret mayat dari kubur, tetapi Alhamdulillah kita menjaga adab yang sepatutnya dan tidak ada perkara pelik berlaku.

"Hanya ada satu ketika pada akhir penggambaran iaitu di rumah usang, kami terpaksa mengulang banyak kali penggambaran apabila kamera tidak fokus pada lakonan saya.

"Perkara itu amat pelik berlaku, tetapi atas nasihat ustaz yang mengiringi penggambaran kami dengan membaca sedikit ayat al-Quran dan doa, akhirnya kami berjaya mengambil syot yang sempurna.
"Itu sahaja pengalaman yang agak pelik ketika di set penggambaran, yang lain Alhamdulillah berjalan lancar," katanya.

Syamsul turut mengakui yang dia ada mendapatkan nasihat dan rujukan daripada agamawan termasuk beberapa mufti untuk menghasilkan filem tersebut.
"Saya sendiri rujuk dengan pakar ilmuwan agama, rujuk ustaz dan mufti tentang pemahaman saya dalam agama terutama konteks munafik.

"Tajuk filem ini memang berat, jadi saya perlukan ilmu secukupnya. Lembaga Penapisan Filem juga ada memanggil pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika menilai filem ini.
"Alhamdulillah tiada babak penting dipotong, hanya beberapa dialog kecil sahaja dipotong dan mendapat tayangan PG13," katanya.

Sinar Harian Online

Jumaat, 15 Januari 2016

Sedekah menolak segala bala

Sedekah

JIKA kita suka memberi, kita akan sering menerima. Begitulah gambaran yang terkandung dalam konsep sedekah dalam Islam. Sedekah dalam bahasa Arab disebut shadaqoh bermaksud suatu pemberian diberikan seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi waktu dan jumlah tertentu.

Juga bermaksud suatu pemberian diberikan seseorang sebagai kebajikan yang mengharap reda ALLAH SWT dan pahala semata-mata. Salah satu pahala sedekah adalah menghindarkan diri kita daripada bencana atau musibah, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: "Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah.

Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala bencana dan yang paling ringan adalah penyakit kusta dan sopak." (Riwayat Baihaqi & Thabrani)

Sedekah juga menolak bencana di akhirat, sebagaimana sabda Nabi SAW: "Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma." (Muttafaqun 'alaih). "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya." (Riwayat Ahmad)

Beri secara ikhlas

Sedekah adalah pemberian ikhlas, sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan orang lain.

Aisyah RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Pemurah (dermawan) itu suatu pohon yang akarnya (asal atau pohonnya) di syurga, dan dahan–dahannya menurun ke dunia. Maka sesiapa berpegang kepadanya, akan ditarik dia ke syurga dan kikir (bakhil) itu pohon yang bibitnya asalnya di neraka. Sedang dahan–dahannya akan ditarik ke neraka."

Hakim bin Hizam RA katanya: "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) ALLAH akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada ALLAH) ALLAH akan mencukupkannya." (Riwayat Bukhari)

Daripada Abdul Rahman As–Salamani Maula Daripada Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika datang seorang meminta–minta maka jangan kamu putuskan permintaanya sehingga selesai permintaannya, kemudian kamu jawab dengan perkataan yang sopan dan lunak, dengan memberi sedikit atau penolakan yang baik, sebab adakalanya yang datang kepadamu itu bukan manusia dan bukan jin hanya sekadar menguji kamu, bagaimana kau berbuat sedemikian terhadap nikmat yang telah dikurniakan ALLAH kepadamu."

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya dalam al-Quran. Terdapat banyak sekali ayat suci yang menerangkan perihal kelebihan memberi sedekah.

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin, (2012), Abul Laits RA berkata: "Bersedekahlah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan, iaitu lima di dunia dan lima lagi di akhirat."

Adapun lima kebaikan di dunia dan di akhirat untuk orang yang bersedekah adalah:

DI DUNIA
1. Membersihkan harta kekayaan.
2. Membersihkan badan daripada dosa–dosa.
3. Menolak bala dan penyakit.
4. Menyenangkan hati golongan miskin. Sedangkan sebaik– baik amal adalah menyenangkan orang mukmin.
5. Menjadikan harta semakin berkat dan luasnya rezeki.

DI AKHIRAT
1. Sedekah itu akan menjadi naungan kepada pemberi sedekah.
2. Sedekah itu akan meringankan hisab perhitungan amalnya.
3. Memberatkan timbangan amal kebaikannya di akhirat.
4. Memudahkan menyeberangi titian (sirat).
5. Meningkatkan darjat (kedudukan) di syurga kelak.

Tujuh perkara yang dapat menumbuhkan sedekah dan membesarkan pahala:
1. Mengeluarkannya daripada harta yang halal.
2. Menginfakkan harta kita walaupun sedikit.
3. Menimbulkan kebimbangan dan khuatir dalam hati sekiranya tidak berpeluang bersedekah.
4. Memilih apa yang paling terbaik kerana bimbang jika termasuk dalam golongan bakhil.
5. Memberikan sedekah dengan cara bersembunyi kerana bimbang termasuk dalam golongan yang riyak.
6. Tidak menghina dan mencela kepada yang diberi takut berdosa
7. Keajaiban bersedekah dapat tolak bala.

Ajaibnya amalan bersedekah

Terdapat kisah benar perihal keajaiban sedekah boleh menolak bala dipetik daripada buku Musthofa Syaikh Ibrohim Haggi berjudul Tolak Bala: Menepis Bencana dengan Lantunan Doa. Dalam penulisan buku tersebut penulis mengisahkan sepasang suami isteri yang berniaga kuih–muih.

Pasangan itu mempunyai seorang anak yang masih bersekolah. Suatu hari, anaknya ditimpa kemalangan sehingga koma selama lima hari kerana mengalami kemalangan yang teruk. Tidak berapa lama anaknya terjaga dari koma dan boleh meneruskan sesi pembelajaran seperti sediakala di sekolah.

Selain itu, keluarga ini  juga memperoleh  wang simpanan sebanyak lima belas juta rupiah, dan kos perubatan yang telah mereka keluarkan sebanyak lapan juta, sehingga masih ada baki wang yang cukup untuk keperluan keluarga.

Ketika  mereka berdua memulakan perniagaan  kuih–muih di pasar (semenjak 35 tahun yang lalu), suami isteri itu selalu bersedekah.

Penulis membayangkan setiap cubaan dan musibah yang menimpa keluarga tersebut terselit pengajaran yang dapat diambil iaitu  mereka sekeluarga masih lagi mendapat nikmat yang masih berbaki daripada  wang simpanan  dan anak mereka masih dalam keadaan sihat walafiat tidak kurang satu apa pun seperti sedia kala.

NABIHAH YUSOF - Penulis adalah pembaca Rehal dari Kelantan

Sinar Harian Online

Khamis, 14 Januari 2016

TEKNIK BARU BUAT DUIT BANYAK DENGAN NOMBOR PHONE DAN AWEK CUN.

 Image result for awek cun dan wang

Hanya 3 langkah mudah untuk sertai dan ajak orang lain untuk join AutoNetWork. Ianya semudah 123 saja :
  • SIGN-UP FREE MEMBER DULU
    Setelah sign-up, anda akan diberi ID AutoNetwork dan web replika AutoNetwork kepunyaan anda. Email Pengesahan akan dihantar sejurus anda hantar borang pendaftaran.
  • BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN (DEVELOP NETWORK)
    Dengan mengajak mereka sign-up di bawah link AutoNetWork anda, mereka akan jadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan (network) anda.System akan automatically park mereka di dalam Team anda. 
  • BERTINDAK, Bila sudah terbukti diri anda berkemampuan untuk bina network, barulah anda "BERTINDAK" untuk menyertai biz ini dan menjana income hanya melalui promosi link walaupun mereka tidak menyertai Tone Excel sekalipun.
RM130,000.00 MENANTI ANDA!!! MARI DAFTAR LAJU-LAJU : KLIK [ SINI ]

Rabu, 13 Januari 2016

Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan

 Image result for jutawan blogger

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kata jadi Blogger tidak boleh jadi Jutawan. Tiada yang mustahil dalm dunia online yang penting Rakan Blogger perlu yakin dan bersungguh-sungguh dengan apa yang kita lakukan. Soalnya berapa ramai Rakan Blogger yang yakin menjadi Blogger boleh menjadi kerjaya yang bukan sekadar dapat menampung kehidupan tetapi boleh menjadi Blogger Jutawan. Kalau Blogger pun tak boleh meyakinkan diri sendiri apakah keluarga dan masyarakat yakin bahawa menjadi Blogger boleh hidup.

Teringat seorang teman top Blogger dan sangat popular dalam dunia online berada dalam persimpangan kerana mendapat tentangan bukan sahaja dari keluarga malah isteri apabila beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi Blogger sepenuh masa. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji semula kerana tidak dapat meyakinkan diri sendiri serta keluarga bahawa Blogger boleh dijadikan kerjaya.

Seorang teman yang lain yang juga Blogger Popular dan mempunyai potensi besar juga gagal meyakinkan ibunya untuk menjadi Profesional Blogger sebagai kerjaya setelah tamat pengajian dan mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji.

Dua kejadian ini adalah sebahagian daripada ribuan kejadian dimana masyarakat tidak pernah yakin bahawa menjadi seorang Blogger boleh mengubah kehidupan. Kita pun tidak boleh menyalahkan masyarakat, ibu bapa dan isteri kerana daripada beratus ribu Blogger di Malaysia boleh dibilang dengan jari Blogger-Blogger yang berjaya kalau itu yang dijadikan sebagai tanda aras.

Di luar negara ramai Blogger yang berjaya sehingga ada yang menjadi Jutawan Blogger. Majoriti daripada mereka lahir di negara-negara maju yang mempunyai daya fikiran yang berbeza dimana mereka melihat dunia online sebagai tapak besar untuk membuat duit. Mungkin suatu hari apabila Malaysia sudah menjadi negara maju pemikiran kita akan berubah mengikut perubahan zaman.

Berikut adalah 10 Blogger Jutawan Dunia dan nilai kekayaan berdasarkan sumber SINI :
  1. The Huffington Post (USD35M)
  2. TechCrunch (USD15M)
  3. Gawker (USD100M)
  4. Lifehacker (USD109M)
  5. Mashable (USD95M)
  6. Fail Blog (Unknown USD Million Dollar)
  7. Smashing Magazine (Over USD5M)
  8. Business Insider (USD3M)
  9. Engadget (USD3.2M)
  10. The Daily Best (USD100M)
Apa yang aku boleh belajar daripada Blogger Jutawan ini adalah antaranya unik, sentiasa berubah mengikut perubahan masa, memaksimakan sosial media dan paling utama mempunyai produk sendiri. Untuk berjaya lebih hebat Rakan Blogger tidak boleh hanya berharap kepada agen iklan yang memberi sumber pendapatan kerana pasti ada batasnya. Pasti agen-agen iklan ini yang akan menjadi Jutawan dahulu sebelum Blogger kerana mereka yang mendapat bayaran wang besar daripada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka.

Alhamdulillah sudah kelihatan beberapa Rakan Blogger seperti INI yang sudah ada produk sendiri dan seminar yang boleh menjadi tapak untuk beliau menjadi seorang Blogger Jutawan. Kabarnya dahulu beliau dimaki oleh Bosnya ketika memaklumkan beliau nak berhenti makan gaji untuk menjadi Blogger sepenuh masa. Setelah beliau bentangkan perancangan melompong besar mulut Bos tu.

Untuk menjadi seorang Blogger Jutawan bukan hanya khayalan yang perlu diubah adalah cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada yang berjaya dan tawakal kepada Allah. Tiada yang mustahil dalam dunia online kerana pasarannya terlalu besar.

Kredit :  http://denaihati.com

Selasa, 12 Januari 2016

Nasi kukus murah tapi sedap!

  Nasi kukus murah tapi sedap!

HANYA RM4 orang ramai boleh menikmati sajian nasi kukus ayam yang murah dan berbaloi dengan bajet harian di restoran Nasi Kukus Selera Timur di Jalan Opera, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Pemilik restoran, Azman Ayoub, 54, berkata, sajian dijual dengan harga murah demi memberi peluang kepada orang ramai termasuk berpendapatan rendah menikmati hidangan itu.

“Melihatkan keadaan ekonomi sekarang, saya terpanggil untuk menyediakan hidangan yang lebih ekonomi.

“Konsep yang saya ketengahkan adalah ‘simple’ dan boleh dinikmati orang ramai setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, idea memulakan perniagaan ini adalah cetusan isteri, Shamsiah Abdullah, 53, yang sebelum ini menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan.

“Melihatkan sambutan daripada orang ramai, jadi kami membuka restoran berkenaan untuk menampung permintaan yang tinggi.

“Syukur... kini restoran kami sudah beroperasi sembilan tahun, kehadiran pelanggan tidak putus-putus,” katanya.

Kata Azman lagi, terdapat hampir 40 jenis lauk-pauk boleh dinikmati orang ramai di restorannya.
“Kesemua lauk pauk dimasak saya dan isteri antaranya itik serati, burung puyuh, daging, udang, sotong dan sebagainya,” katanya.

Restoran yang dibuka pada 2006 beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 11 malam.

"Saya gembira melihat pelanggan datang dan makan di sini. Walaupun murah, tapi saya pastikan kualiti makanan yang disediakan.

"Bukan tak untung dengan apa yang saya buat ini, tetapi ia berbaloi, walaupun ia tidak besar mana, tetapi kami bersyukur kerana usaha kami ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan,” katanya.

Sinar Harian Online