Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Selasa, 3 November 2015

Turki: Parti Erdogan Menang Besar

AKP Parti Pimpinan Erdogan Menang Besar Pilihanraya Tempatan

 ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, 61, menegaskan bahawa dunia perlu menghormati keputusan rakyat negara ini yang mengundi untuk kestabilan dalam pilihan raya parlimen dengan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) yang diasaskan beliau memenangi hampir 50 peratus undi keseluruhan.


AKP yang berteraskan agama Islam menang besar dalam pemilihan kelmarin, mengembalikan Turki kepada kepimpinan parti tunggal dalam keputusan dilihat ramai bakal mengukuhkan kuasa Erdogan tetapi mungkin meluaskan keretakan sosial.
“Semangat kebangsaan ditonjolkan pada 1 November ke arah kestabilan. Marilah kita bersatu, bersaudara dan semua bersama Turki,” kata Erdogan ketika ditemui wartawan di sebuah masjid di Istanbul semalam.
Bagaimanapun, dengan nada garang yang sering ditonjolkannya, Erdogan membidas media global kerana terus mengkritiknya.
“Adakah ini pemahaman kamu terhadap demokrasi? Kini sebuah parti dengan hampir 50 peratus undi di Turki telah mendapat mandat kuasa. Ini sepatutnya dihormati dunia tetapi saya belum melihat kematangan seumpamanya,” tegasnya.
Lebih daripada 54 juta orang telah berdaftar untuk mengundi di 175,000 pusat pembuangan pada hari Ahad. Kadar penyertaan adalah sebanyak 86.1 peratus.
AKP memenangi 49.4 peratus daripada undi 78 juta rakyat Turki, membolehkannya membolot 316 daripada 550 kerusi Parlimen dan jauh melangkaui apa dijangkakan termasuk dalam parti itu sendiri.
Erdogan sebelum ini menyatakan keputusan itu juga merupakan satu mesej kepada pemberontak Kurdish di kawasan tenggara negara ini bahawa keganasan tidak boleh wujud seiring dengan demokrasi.
Keputusan itu turut mengejutkan banyak pihak memandangkan beberapa tinjauan pendapat sebelum ini menjangkakan keputusan sama seperti pilihan raya pada Jun lalu yang menyaksikan AKP memenangi 40 peratus undi dan kehilangan majoriti buat pertama kali sejak 13 tahun lalu.
Ketika itu, Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang pro-Kurdish memenangi beberapa kerusi buat pertama kalinya tetapi kejadian keganasan baharu dengan militan Kurdish dan beberapa serangan berdarah telah meningkatkan kembali sokongan rakyat kepada kerajaan.
Penganalisis berpendapat pengundi telah membelakangi parti nasionalis dan Kurdish selepas perjanjian damai dengan Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan gagal pada Julai lalu sehingga membawa kepada peningkatan keganasan di negara ini. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular