Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Khamis, 29 Oktober 2015

Cara Blogger Buat Duit Online

Blogger%2BBuat%2BDuit%2BOnline%2B1

Cara Blogger Buat Duit Online

Ada banyak cara sebenarnya untuk blogger buat duit secara online. Dan aku akan tunjukkan beberapa cara yang boleh seorang blogger lakukan untuk menjana pendapatan secara online.

Buat Duit Melalui Google Adsense.


Pada pendapat aku, buat duit melalui Google Adsense antara cara yang paling legend dan sudah ramai tahu.

Ini adalah salah satu cara yang termasuk dalam kategori menjana duit dengan membuat pengiklanan diblog.

Caranya mudah sahaja, kita cuma perlu ada blog dan kita perlu pasang iklan Adsense di blog kita. Nampak senang kan?

Tetapi, untuk betul-betul menjana duit melalui adsense, blog kita perlu ada banyak trafik. Dari trafik yang tinggi, akan ditukarkan kepada duit. Tak ada trafik, tak ada duit.

Kita perlu buat blog yang betul-betul mantap untuk menghasilkan duit.

Nak tarik trafik pula kita perlukan teknik yang betul.

Selain Adsense, anda juga boleh mencuba Nuffnang, Komli, Innity dan banyak lagi, yang juga menggunakan konsep yang sama.

Buat Duit Melalui Affiliate.


Ada juga blogger yang suka menjana duit melalui Program Affiliate. Ya, ia antara cara buat duit yang popular juga dikalangan blogger.

Selalunya produk Affiliate ini berasaskan produk digital seperti eBook. Dan ada juga peniaga online yang gunakan sistem affiliate ini, untuk menpromosikan produk mereka.

Contohnya Lazada yang ada menyediakan program affiliate sendiri, ia memberikan peluang untuk blogger promosikan kempen jualan yang berlangsung di laman Lazada.

Dan aku juga bukanlah orang yang ada kompeten untuk berikan tips dan panduan membuat duit melalui affiliate.

Salah satu contoh blogger yang aku boleh berikan ialah AhmadFaizal.com.

Cadangan aku ialah anda kena belajar daripada yang pakar. Apa kata cuba baca ebook ini >>>Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu

 

Buat Duit Melalui Advertorial


Advertorial adalah salah satu cabang pengiklanan. Caranya ialah, kita mendapat bayaran untuk menulis satu artikel di blog kita, membuat ulasan tentang sesuatu produk untuk tujuan iklan dan promosi.

Namum, untuk mencapai ke tahap ini, kita perlu jadi blogger yang ada authority. Kita perlu jadi blogger yang dapat yakinkan orang dengan blog dan penulisan kita untuk promosikan produk mereka.

blogger%2Bbuat%2Bduit%2Bonline%2B2

Kredit : http://www.bloggerlelaki.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular