5 Jenis Bisnes Pasti Untung

Perniagaan sentiasa dikaitkan dengan risiko. Risiko gagal dan risiko rugi. Kebanyakan kita sedia maklum dengan data yang menjelaskan 90% perniagaan tutup kedai pada tahun yang pertama.

Perniagaan Tutup Kedai

Ini tidak kira perniagaan itu jenis perniagaan online atau konvensional. Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama ditanggung oleh pemiliknya.

Namun begitu, perniagaan sentiasa menjadi pilihan yang terbaik untuk mereka yang berminat untuk membina empayar, atau membuka lebih banyak pekerjaan.
Perkongsian kali ini adalah berlandaskan dengan jenis perniagaan yang menguntungkan.


Cara Selamat – Kaji Formula S&D

Kajian Supply and Demand
Biasanya, para usahawan baru yang memulakan perniagaan tidak berlandaskan kajian S&D. Ia bermaksud supply & demand. Memulakan bisnes yang tidak mempunyai permintaan pasaran adalah bisnes yang berisiko yang tinggi.
Formula supply & demand adalah formula luar biasa yang dapat membantu kita, untuk memulakan perniagaan yang dijamin ada potensi pelanggannya. Supply bermaksud kita bertindak sebagai pembekal.
Manakala demand pula berdasarkan pasaran dan pelanggan. Apa yang pelanggan minta (demand), itu yang kita akan supply (bekal).
Justeru itu, perkara pertama memulakan perniagaan bukan sekadar ‘memulakan sesuatu’ secara membabi buta. Adalah lebih baik kita bermula dengan mengkaji sama ada bisnes yang kita mahu mulakan itu mempunyai permintaan atau sebaliknya.

5 Jenis Bisnes Pasti Untung – Tahun 2012

Bagi yang rasa sukar untuk melakukan kajian permintaan pasaran pada tahun 2012 ini, ketepikan rasa sukar itu sekarang.

Kaji Permintaan Pasaran

Kerana pasukan laman web Inc.com telah melakukan kajian terhadap potensi perniagaan yang menguntungkan pada tahun 2012. Berikut adalah di antara senarai perniagaan yang mempunyai potensi besar.
  1. Penjagaan haiwan.
  2. Penerbitan di Internet.
  3. Mobil & social gaming.
  4. Restoran.
  5. E-Commerce.

#1 – Penjagaan Haiwan
Manusia dan haiwan peliharaan memang tidak dapat dipisahkan. Di Amerika Syarikat, penduduk di negara itu sanggup mengeluarkan kos untuk menjaga binatang kesayangan mereka.
Hal ini dibuktikan dengan data yang diperoleh menerusi American Pet Products Association. Di mana mereka menganggarkan penjaga-penjaga binatang peliharaan ini akan membelanjakan sebanyak USD53 bilion pada tahun 2012.
Satu angka besar yang boleh dimanipulasikan sekiiranya kita memulakan perniagaan berasaskan penjagaan haiwan.

#2 – Penerbitan Di Internet
Atau lebih dikenali sebagai produk informasi.

Bisnes Penerbitan Di Internet

Pada tahun 2012, penerimaan rakyat Malaysia terhadap transaksi jual beli informasi semakin baik. Perniagaan informasi sentiasa mempunyai permintaan. Selaras dengan kepentingan pendidikan, kepuasan ilmu dan sebagainya.
Industri penerbitan berasaskan Internet di dunia sudah lama bertapak. Tetapi di Malaysia, tidak ramai yang mengambil peluang kecuali beberapa individu dan organisasi sahaja.
Majalah Niaga juga adalah di antara organisasi yang mengambil kesempatan terhadap industri penerbitan di Internet.

#3 – Gajet & Social Gaming
Tahun 2012 menunjukkan perkembangan penduduk di seluruh muka bumi ini termasuk Malaysia, sudah mula menjadikan gajet sebagai alat rasmi dalam kehidupan seharian.
Kita dapat lihat orang ramai menggunakan gajet seperti tablet iPad, Galaxy Tab, dan juga telefon pintar (smartphone) seperti iPhone, Samsung Galaxy S2 dan pelbagai lagi.
Inovasi dalam dunia teknologi akan tetap diteruskan tanpa menunggu kita. Ini termasuk permainan video yang terdapat dalam gajet-gajet ini. Ia digelar social gaming.
Industri ini sahaja telah membantu 1,500 pembangun untuk membuka peluang pekerjaan kepada 28,000 orang dan mengaut keuntungan lebih USD4.5 bilion. Ia adalah peningkatan sebanyak 397% jika dibandingkan pada tahun 2007.
Contoh permainan video yang terhangat adalah Angry Birds, Draw Something dan banyak lagi.


#4 – Restoran
Manusia mana yang tidak mahu makan?
Industri makanan adalah industri yang sentiasa berkembang setiap tahun. Lebih spesifik, kajian yang dikeluarkan oleh National Restaurant Association mendapati, industri makanan berasaskan makanan sihat adalah industri paling hangat.
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran memasak, sinergi dengan orang yang mempunyai gaya fikir sebagai seorang usahawan untuk mengambil peluang dalam industri pemakanan ini.
Satu daripadanya adalah membuka restoran.

#5 – E-Commerce
E-commerce adalah industri perniagaan yang popular pada tahun 2012. Peningkatan terhadap industri ini sepanjang tahun 2007 sehingga tahun 2012 adalah 10.4%.
Malah industri ini dianggarkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sehingga 210,000 peluang pada tahun 2007. Di Malaysia sendiri, penduduk kita sudah biasa dengan pembelian secara online menerusi beberapa laman web seperti:
  1. Facebok.
  2. Mudah.my.
  3. eBay.
  4. Lelong.
Justeru itu, ini adalah satu peluang yang baik untuk usahawan yang baru mula bertapak. Kos yang perlu kita tanggung juga adalah rendah. Manakala keuntungannya pula sentiasa menjangkaui imaginasi kita.

Ambil Peluang, Bertindak Sekarang

Perkongsian maklumat tentang peluang perniagaan terhangat pada tahun 2012 ini bukan sekadar maklumat biasa. Ia adalah untuk membuka mata kita terhadap peluang yang boleh diambil pada tahun ini.

Ambil Peluang Sekarang

Bagi yang masih bekerja, gunakan maklumat ini untuk kita memulakan perniagaan secara part time. Ia secara tidak langsung menambah sumber pendapatan baru untuk membayar kos-kos kehidupan setiap bulan, tanpa perlu usik gaji bulanan.

Kredit: Employ Scoop, Investopedia, Wax Impressions

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri