Waktu Subur wanita satu cara mudah ingin hamil anak Kedua

Sebagai wanita, saya cukup memahami perasaan anda yang telah bergelar isteri tetapi masih belum memperoleh cahaya mata. Apabila kita membincangkan mengenai anak atau cahaya mata, ia sebenarnya adalah ketentuan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Harus kita ingat bahawa anak-anak itu merupakan amanah Allah kepada kita.

Janganlah kita bersedih kerana tidak mempunyai zuriat kerana Allah itu maha mengetahui atas apa yang kita tidak ketahui. Hayatilah kisah Nabi Allah Zakaria yang diceritakan didalam AlQuran


Sesungguhnya walaupun usianya telah tua dan ditambah dengan keaadan isterinya yang mandul tetapi dengan berkat usaha dan ikhtiar serta dimakbulkan doa oleh Allah SWT maka mereka berdua telah dikurniakan cahaya mata. Sebagai hamba kita perlu suburkan jiwa dengan rasa sabar dan syukur serta perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Suami dan isteri haruslah bersama-sama memainkan peranan dalam berusaha untuk memperoleh zuriat pertama. Sebagai seorang suami anda juga harus memahami dan mengetahui waktu subur isteri anda. Mengapa dan apa itu waktu subur? Salah satu cara ingin hamil adalah dengan menentukan waktu kesuburan.
 
Waktu subur memudahkan peluang kehamilan

Waktu Subur

Harus anda fahami waktu subur adalah waktu yang terbaik ovari mengeluarkan telur untuk disenyawakan. 2 Tujuan utama wanita dianugerahkan waktu subur iaitu :

1. Memudahkan untuk memperolehi zuriat.
2. Sebagai satu asas sistem perancangan keluarga

Kebiasaannya waktu subur untuk hamil seorang wanita adalah pada hari ke 14 sebelum hari pertama kedatangan haid yang seterusnya. Sebagai suami anda harus mengetahui jadual kitaran waktu haid isteri anda. Ketika ini, telur-telur yang baru akan dikeluarkan dari sarangnya. Bagi yang baru mengalami keguguran, pengiraan waktu subur adalah dikira bermula pada haid kali pertama selepas keguguran.

Walaupun begitu, ia akan menjadi masalah sekiranya para isteri mempunyai kitaran haid tidak menentu. Anda perlu fahami akan putaran kitaran haid. Asasnya kitaran haid normal adalah berikut

Hari 1 hingga hari 4 : Dipanggil fasa pengeluaran haid. Ketika ini darah haid akan keluar dengan banyaknya.

Hari 5 hingga hari 13 : Dipanggil fasa follicular. Ketika ini hormone estrogen wanita akan meningkat. Pada fasa ini darah akan berkumpul di dinding daging. Pada kawasan ovary pula telur yang ada di dalam sarangnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14 : Ketika inilah waktu di mana proses ovulasi berlaku. Ketika ini telur akan terkeluar dari sarangnya dan sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma ia akan mati dan hilang begitu sahaja dan andai ia berjaya disenyawakan, ia akan pergi melalui saluran fallopio ke dalam Rahim.

Hari 15 hingga hari 28 : ia dipanggil Fasa luteal atau secretory. Selepas telur dikeluarkan, sejenis hormone progestron akan dirembes dan menyebabkan dinding Rahim semakin menebal. Setelah progestron berkurang dinding ini akan runtuh dan kitaran haid akan berlaku sekali lagi. 
Kenali Jadual waktu subur anda

Kaedah alternatif untuk ketahui waktu subur wanita?

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan selain daripada mengira jadual kitaran haid.

Kenali Waktu Subur wanita 1 #

Suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah daripada kebiasaan. Selain itu terdapat lendiran cecair jernih yang keluar dari kemaluan disebabkan peningkatan hormon.

Waktu ovulasi atau waktu subur adalah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas pengeluaran lendir jernih tersebut.

Bagaimana ingin meningkatkan kesuburan?

Antara perkara penting dalam mengekalkan tahap kesuburan anda adalah dengan mengawal emosi dan pemakanan. Elakkan daripada berada dalam lingkungan situasi tekanan. Ini kerana tekanan yang melampau akan mempengaruhi kesuburan anda.

Corak pemakanan juga perlu diperbaiki. Amalkan pemakanan sunnah seperti buah badam, Delima, Zaitun dan kurma setiap hari. Sebaiknya elakkan memakan makanan yang masam dam minuman berasid seperti minuman bergas.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai cara mudah untuk hamil saya mencadangkan anda ebook rahsia mudah hamil. Panduan lengkap ini akan mengupas dari pelbagai sudut dan amalan yang sesuai untuk anda memperolehi zuriat pertama
 
Kredit : http://babab.net

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

TEKNIK SPONTAN MENGGODA ISTERI

11 TANDA-TANDA WANITA BERNAFSU YANG MELAMPAU YANG HARUS ANDA KETAHUI..

Sebab Sebenar Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.?

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri

Antara Khilafah Islam dan Kemunculan Imam Mahdi

Cara Remove Friends Tak Aktif di Facebook

Khutbah Imam Katolik Yang Menggemparkan Dunia..

Catatan Popular Minggu Lepas

[PETUA] Zakar Panjang, Besar dan Air Mani Pekat dan Banyak.

KEPENTINGAN MENGULUM ZAKAR SUAMI

Manfaat suami Menghisap Payudara Isteri