Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 12 September 2015

Google bantu iklankan perniagaan

Google

GERGASI enjin carian, Google akan membantu pemilik perniagaan mengiklankan perniagaan mereka di dalam laman carian syarikat itu secara percuma.

Pengarah Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, ia bertujuan memudahkan masyarakat mencari tempat tumpuan atau premis dikunjungi.

“Projek ini sebenarnya dimulakan di Lembah Klang tahun lalu dan dalam tempoh enam bulan akan datang ia akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain seperti Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru.

“Ini akan memudahkan masyarakat yang datang ke kawasan tertentu seperti Pulau Pinang untuk mencari tempat makan, membeli-belah dan sebagainya," katanya semasa taklimat media, semalam.

Menurutnya, maklumat perniagaan yang berjaya dikumpul akan dikemaskini ke dalam Google.

“Maklumat yang akan dikumpulkan adalah seperti nama, alamat, nombor telefon, waktu perniagaan dan lokasi sebenar premis tersebut. Kami juga akan merakam gambar hadapan dan di dalam premis.

“Petugas Google akan pergi ke setiap premis dan membawa dokumen yang mengesahkan mereka daripada Google bagi mengelakkan masalah. Seterusnya pemilik premis boleh mengizinkan mereka menjalankan tugas,” katanya.


Sajith berkata, pemilik perniagaan juga boleh menyenaraikan perniagaan mereka melalui portal Google My Business.

“Pemilik perniagaan boleh mendaftar terus perniagaan mereka di dalam portal itu dan akan mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat perniagaan, menambah gambar selain berkongsi berita acara atau perkembangan terkini dengan masyarakat.

“Bagi masyarakat pula, senarai perniagaan itu boleh di akses di Google Maps,Search dan Google+," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular