Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 29 April 2015

Pelajar di Mesir ajak Lim Kit Siang peluk Islam


PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir menjemput Penasihat DAP, Lim Kit Siang memeluk Islam.

Ia dibuat ketika Ahli Parlimen Gelang Patah bersama pemimpin DAP lain termasuk Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan program berjumpa pelajar-pelajar Islam di Asia Barat, baru-baru ini.
Pelajar berkenaan, Zaid Zainul Rashid merupakan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Mesir.
Dia memberanikan diri menghampiri Kit Siang selepas sesi soal jawab dan menjemput pemimpin politik veteran itu memeluk Islam.

“Saya ingin menjemput awak untuk memeluk Islam,” kata Zaid kepada Kit Siang seperti yang diceritakannya di akaun Facebook.

Dia berkata, Kit Siang seperti kurang jelas dengan pelawaaannya itu dan menundukkan kepala supaya dia mengulangi pertanyaan.

Sabtu, 25 April 2015

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam

MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam. Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna. Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.

Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini. "Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya. Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu. "Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin. Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

Khamis, 23 April 2015

Islam jadi pilihan Hean Kong selepas 59 tahun

gambar_harris_2

SEBELUM memeluk agama Islam, Chong Hean Kong tidak pernah kenal apa ertinya Tuhan. Baginya yang tidak menganut mana-mana agama selama hayatnya yang kini berusia 59 tahun, hidup adalah satu pusingan nyawa yang akan berhenti bila tiba waktunya. Itu sahaja yang boleh ditafsirkan tentang erti kehidupan. Ketenangan yang dicari hanya bersifat sementara. Sama seperti rakan-rakan sebangsanya yang lain, mencari duit adalah segala-galanya selagi masih bernafas. “Saya baharu saja memeluk Islam kira-kira enam bulan lalu iaitu pada 16 Oktober 2014. Kehendak hati untuk mendekati Islam bermula daripada pertemuan dengan seorang sahabat yang bernama Sulaiman. “Dia yang saya panggil cikgu amat menyenangkan hati saya baik dari sudut pergaulan, perbualan dan kehidupan sehariannya. “Kenal pun tak lama tetapi hati saya tertarik untuk mengenal Islam dan seterusnya memeluk agama Allah ini banyak didorong oleh Sulaiman secara tidak sengaja.

“Akhirnya, setelah memikirkan semasak-masaknya, saya menyuarakan hasrat kepada Sulaiman dan melalui dialah saya kini mempunyai agama yang sah iaitu Islam,” katannya ketika ditemubual wartawan MalaysiaGazette di Sungai Besi pagi tadi. Orangnya kurus, berperawakan sederhana dan cukup ramah. Bangga dengan nama Islamnya, Harris Adeen Chong, lelaki yang belum pernah berkahwin ini berkata, sejak memeluk Islam, jiwanya sentiasa tenang walaupun ditimpa masalah. “Saya dapat rasakan kelebihan itu dan setiap kali berada dalam masalah, saya menadah tangan kepada Allah memohon diberi ketenangan.

Isnin, 20 April 2015

Khilafah Sesuai Manhaj Nubuwwah pada Akhir Zaman


KIBLAT.NET – Banyak hadis Nabi saw, mengabarkan bahwa kekhilafahan Islam seperti pada masa Khulafaur Rasyidin akan kembali tegak sekali lagi. Salah satunya adalah hadis yang menggambarkan bentuk dan tahapan kekuasaan yang akan terjadi sepeninggal beliau sampai hari kiamat secara urut. Beliau bersabda:

تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

“Periode kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang periode khilafah aala minhaj nubuwwah (kekhilafahan sesuai manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya. Kemudian datang periode mulkan aadhdhan (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa. Selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali periode khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” (HR Ahmad; Shahih).

Selasa, 14 April 2015

15 Orang Peluk Islam Terima Dakwah Adam Corrie Di FB, Instagram


 


PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah , 47, berkata, perkara tersebut dilakukan menerusi dakwahnya setiap hari di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram.

 "Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram. "Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah.

 "Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Jumaat, 10 April 2015

Gst 6 Peratus Tidak Memberi Kesan Kepada Kami.[ IKLAN PENAJA]

GST 6 PERATUS TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA MEREKA YANG SUDAH MENGUNA SIMKAD WOW TUNE TALK/TONE EXCEL..

MARI KITA BUAT PERBEZAAN ANTARA PENGUNA TONE EXCEL DENGAN SYARIKAT TELCO YANG LAIN..

# JIKA PENGGUNA TONE EXCEL TOPUP RM10.00 AKAN JADI RM10.60 TERMASUK GST. PENGUNA TONE EXCEL DI BERI REBET 3 PERATUS BERMAKNA PENGGUNA TE HANYA MEMBAYAR 3 PERATUS SAHAJA GST.. JIMAATT!!!!!! 30SEN..

#JIKA PENGGUNA TONE EXCEL TOPUP RM30.00 AKAN JADI RM31.80 TERMASUK GST..TAPI PENGGUNA TE ADA REBET 3 PERATUS..LAGI TAMBAHAN TOPUP PERCUMA RM10.00. MARI KITA KIRA...

KELUAR DUIT : RM31.80
REBET 3%                - 0.90
TOPUP FREE   - RM10.00

ANDA ADA UNTUNG LAGI RM9.10..INI BERMAKNA TE YANG MEMBAYAR GST UNTUK KITA...MALAH DAPAT UNTUNG LAGI....TERLEBH JIMAAT!!!!

KEPADA SESIAPA YANG BELUM DAFTAR CEPAT!!! CEPAT!!! DAFTAR SEKARANG!!
 
DI SINI : http://te2u.blogspot.com/

Isnin, 6 April 2015

ISLAM AKAN MENJADI AGAMA TERBESAR DI DUNIA

 
Islam adalah rahmatan lil alamin, rahmat bagi seluruh alam. Saat ini, Agama Islam menyebar dengan cara yang luar biasa. Jika pada 2010 jumlah pemeluk Islam mencapai 1,6  miliar jiwa, maka pada 2030 akan mencapai 2,2 miliar jiwa. Menurut lembaga The Pew Forum on Religion & Public Life, pertumbuhan jumlah umat Islam dua kali lebih besar dibandingkan non-Muslim pada dua dekade mendatang. Jika pertumbuhan jumlah umat Islam rata-rata mencapai 1,5 persen, maka non-Muslim hanya 0,7 persen.

Menyikapi fenomena itu, Direktur Islamic Center Southern California, Imam Jihad Turk menilai ada dua faktor yang menyebabkan populasi muslim meningkat pesat, pertama adalah angka kelahiran tinggi di kalangan umat Islam. Dan kedua,  berbondong-bondongnya non-Muslim memeluk Islam.

Di Eropa sendiri, Islam diperkirakan akan mendapat tempat yang baik. Pada tahun 2027, satu dari lima orang Prancis sudah bisa diprediksi sebagai Muslim. Dengan angka seperti ini, 39 tahun ke depan, Prancis sudah diperkirakan menjadi Negara penganut Islam terbesar. Di Belanda, 25% penduduknya adalah Muslim. 50% dari kelahiran bayi baru berikutnya juga Muslim. Sedangkan di Russia ada 23 juta Muslim, dan hanya dalam waktu dekat, 40% dari tentara Russia akan menjadi Muslim juga.

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular