Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 10 Januari 2015

Artis cantik dan popular Thailand pilih agama Islam


 

ARTIS popular Thailand, Nook Suthida rupanya telah menggemparkan dunia hiburan negeri Gajah Putih kerana memutuskan menjadi mualaf, lapor laman web Islampos. Lahir di negeri majoriti Buddha, keislaman Suthida pun menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand.

Walaupun orang-orang di sekitarnya merasakan keberatan, namun Suthida sudah memutuskan untuk masuk Islam. Dia mengatakan keputusan tersebut dibuat setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama yang paling sempurna dan dia mendapati Islam. Seperti dipetik Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun bertukar nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok.

 "Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran," kata artis muda popular itu. Muslim di Thailand Majoriti penduduk Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu. Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira 12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand. Umat Islam tertumpu di wilayah-wilayah selatan di Narathiwat, Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.

Kebanyakan orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia. Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani.

[ra/islampos/mina/irna/infospesial]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular