Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Rabu, 24 September 2014

Peluang pemain tunjuk skil [ Berita Sukan ]

Pemain kebangsaan gigih menjalani latihan sebagai persiapan menentang Terengganu, malam ini.


PERLAWANAN amal menentang pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini bakal menjadi medan terbaik buat pemain skuad Harimau Malaya dalam memperagakan aksi terbaik mereka sebelum melengkapkan  senarai 22 pemain  untuk menyertai kem kebangsaan 6 Oktober depan.

Justeru pengendalinya, Dollah Salleh mengharapkan 27 pemain yang ada ketika ini mampu merebut peluang terakhir itu untuk  menonjolkan kebolehan masing-masing sepanjang pertemuan dengan skuad Penyu nanti.
Menurutnya, buat masa ini beliau sudah mempunyai bayangan 22 pemain yang bakal mengalas cabaran negara bagi Piala Suzuki  AFF 2014 di Singapura, November ini,  namun masih belum bersedia mengumumkan memandangkan kesemua pemain  memiliki kelebihan masing-masing.
“Walaupun perlawanan esok (malam ini) perlawanan amal bagi membantu golongan memerlukan di negeri ini. Tetapi saya sudah ingatkan mereka (pemain) supaya memberikan persembahan terbaik kerana ia bakal menjadi penentuan terakhir  sebelum 22 senarai pemain diumumkan.

“Secara jujurnya memang sukar buat saya untuk membuat pilihan kerana kesemua pemain yang ada ketika ini adalah antara yang terbaik sekali gus merumitkan kami dalam membuat keputusan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

Dalam pada itu bekas pengendali skuad Pahang itu mengakui disebabkan perkara itu (ramai pemain berwibawa) menyebabkan dia terpaksa menangguhkan beberapa kali dalam menyenaraikan 22 pemain sebelum ini dan hanya bersedia untuk berbuat demikian selepas bertemu skuad Penyu esok (malam ini).

Katanya, pada perlawanan bertemu skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu dia akan menurunkan, kesemua pemainnya kecuali  Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan yang masih dalam keraguan untuk diturunkan berikutan mengalami sedikit kecederaan.

“Selepas kita umumkan  22 pemain ini, maka barulah kita boleh memberikan tumpuan penuh kepada pasukan yang akan memulakan sesi  latihan pusat pada 6 Oktober ini sebagai persiapan Piala Suzuki AFF nanti, " katanya.


Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular